Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tat Meng terharu sokongan Hannah, MSN
  • SEMASA

Tat Meng terharu sokongan Hannah, MSN

Utusan Sarawak 5 hours ago
BEKAS jurulatih kebangsaan Wong Tat Meng merakamkan ucapan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh atas sokongan diberikan kepada beliau yang kini sedang menjalani pemulihan di Australia.

KUALA LUMPUR: Bekas jurulatih kebangsaan Wong Tat Meng merakamkan ucapan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh atas sokongan diberikan kepada beliau yang kini sedang menjalani pemulihan di Australia.

Menerusi hantaran di Facebook, Tat Meng menyatakan rasa terharu dengan keprihatinan diberikan Hannah dan Majlis Sukan Negara (MSN).

“Terima kasih yang tulus ikhlas kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh serta Majlis Sukan Negara (MSN) atas kiriman bunga dan ucapan yang penuh perhatian.

“Saya amat terharu menerima sokongan ini walaupun sedang menjalani pemulihan di Australia. Sokongan anda semua memberi semangat untuk saya terus kuat dan pulih sepenuhnya,” katanya.

Sementara itu, Hannah dalam kenyataan hari ini berkata penghargaan kecil itu adalah tanda sokongan dan ingatan terhadap jasa Tat Meng kepada arena sukan negara.

”Saya mahu Tat Meng tahu bahawa beliau tidak bersendirian, tidak dilupakan dan Malaysia menghargai sumbangan beliau kepada sukan serta mahu melihat beliau segera pulih. Pemberian kecil ini adalah tanda sokongan untuk menaikkan semangat beliau,” katanya.

Pada 7 September lepas, jurulatih berusia 58 tahun itu dilaporkan terlibat dalam nahas selepas motosikalnya bertembung dengan sebuah motosikal di Putty Road, Garland Valley.

Selain pasukan kebangsaan, Tat Meng juga pernah membimbing pemain perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia hingga berjaya meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024 sebelum berpisah pada Disember lepas.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: KPN arah semua Ketua Polis Negeri tingkat kawalan, rondaan di kawasan sekolah
Next: 22 negara sertai Festival Bot Naga Antarabangsa Sarawak 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.