Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tasik Bakun permata pelancongan baharu Sarawak
  • TEMPATAN

Tasik Bakun permata pelancongan baharu Sarawak

Utusan Sarawak 5 years ago
PENERANGAN…Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing (tengah) diberikan penerangan oleh Penasihat Projek sambil diperhatikan Liwan (paling kanan).

BAKUN: Tasik Bakun bakal dijadikan sebagai tarikan pelancongan dan lokasi sukan air yang terbaharu di Sarawak menjelang penghujung 2021.

Dengan kawasan perairan Tasik Bakun yang luas serta di kelilingi dengan keindahan alam sekitar ini pasti menarik minat para pelayar dan pelancong untuk berkunjung ke sini.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing berkata demikian ketika meninjau perkembangan jalan alternatif 12 kilometer ke Tasik Bakun yang menelan belanja sebanyak RM47 juta di sini, semalam.

Di samping itu, terdapat air terjun semula jadi terletak berhampiran kawasan tersebut yang dapat diakses melalui laluan mendaki yang disediakan.

“Terdapat potensi di kawasan Bakun ini, selain menjadi tempat pilihan sukan air, kami juga berharap dapat mempamerkannya sebagai permata pelancongan di Sarawak,” tambahnya.

Beliau turut bersetuju dengan cadangan Kelab Pelayaran Bakun (BSC) untuk memiliki pejabat dan kemudahan mereka sendiri di sini bagi melatih atlet Sukma Sarawak dalam acara pelayaran.

Masing yang juga merangkap Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak turut berkesempatan meninjau tapak cadangan bagi pembinaan jeti baharu yang bakal menelan belanja RM17 juta di Tasik Bakun ini.

Menurutnya, kemajuan pembangunan bagi kedua-dua projek ini tertangguh akibat wabak pandemik Covid-19, namun ia dijadualkan siap pada Oktober 2021.

Tambahnya lagi, Fasa 2 projek ini akan merangkumi kemudahan awam dan kedai bagi memenuhi keperluan nelayan pedalaman Bakun ini.

Turut hadir ialah Menteri Muda Utiliti merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga Datuk Liwan Lagang.

Oleh Akmal Adib Yusup

Continue Reading

Previous: Selangau bakal miliki sekolah menengah
Next: Tekankan aspek keselamatan di rumah panjang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.