Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tarikh lihat anak bulan Syawal 19 Mac
  • SEMASA

Tarikh lihat anak bulan Syawal 19 Mac

Utusan Sarawak 18 hours ago
GAMBAR hiasan

PUTRAJAYA: Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang 19 Mac di 29 lokasi di seluruh negara.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memaklumkan tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan akan diisytiharkan pada malam itu juga melalui radio dan televisyen.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan bahawa tarikh bagi melihat anak bulan Syawal ialah pada petang Khamis, 19 Mac 2026 Masihi bersamaan 29 Ramadan 1447 Hijrah,” menurut kenyataan hari ini.

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Lokasi yang dikenal pasti untuk melihat anak bulan Syawal adalah di Baitul Hilal Bangunan Sultan Ismail, Pontian di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Melaka; Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor; Balai Hilal Pantai Pasir Panjang, Manjong, Perak dan Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.

Lokasi lain termasuk Stesen Cerapan Hilal di Kampung Pulau Sayak dan Menara Alor Setar di Kedah, manakala di Terengganu pula di Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut dan Balai Cerap KUSZA, Setiu.

Lokasi melihat anak bulan di Kelantan pula ialah di Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu manakala di Sarawak ialah Pusat Falak, Miri; Teluk Bandung, Kuching dan Bintulu.

Di Sabah ialah di Balai Cerap Al-Biruni, Putatan manakala di Pahang ialah Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Gunung Berincang, Cameron Highlands dan Menara 188, Kuantan.

Empat lagi lokasi ialah Menara Universiti Malaysia Sabah di Kampus Antarabangsa Labuan, Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis, Perlis.- Bernama

Continue Reading

Previous: Bayaran STR Fasa Dua 2026 diawalkan kepada 10 Mac
Next: Eric Tay gesa Kerajaan Persekutuan percepat proses tambah 17 kerusi DUN Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.