Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Tarikh akhir kemukakan Borang Nyata 30 April, 15 Mei – LHDN
  • BISNES

Tarikh akhir kemukakan Borang Nyata 30 April, 15 Mei – LHDN

Utusan Sarawak 2 years ago

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan tarikh akhir bagi pengemukaan Borang Nyata (BN) Tahun Taksiran 2022 (TT 2022) bagi pembayar cukai yang tidak menjalankan perniagaan adalah pada 30 April secara manual dan 15 Mei bagi e-Filling. 

Menurut LHDN dalam kenyataan hari ini, ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin (BE), Individu Pemastautin (pekerja berpengetahuan / berkepakaran) (BT),  Individu Bukan Pemastautin (M), Individu Bukan Pemastautin (pekerja berpengetahuan) (MT),  Pertubuhan (TF),  Harta Pusaka (TP) dan  Keluarga Sekutu Hindu (TJ). 

“Sebagai panduan berkenaan pengemukaan BN, pembayar cukai boleh merujuk kepada Program Memfail BN bagi tahun 2023 yang boleh diakses dan dimuat turun menerusi pautan https://www.hasil.gov.my/media/lq5fu3zd/20230324-program-memfailborang-nyata-bn-bagi-tahun-2023.pdf,” menurut kenyataan itu. 

Kenyataan itu turut memaklumkan, pembayar cukai disaran supaya mengemukakan BN dan membayar baki cukai pendapatan mereka dalam tempoh yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang penalti dan kenaikan cukai dikenakan.

Dalam kenyataan sama, LHDN memaklumkan pembayar cukai juga dinasihatkan supaya mengisi maklumat diri dan perbankan yang tepat serta terkini bagi membantu kelancaran proses bayaran balik cukai. 

“Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (Luar Negara);  HASiL Live Chat dan borang maklum balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/public,” menurut kenyataan itu. – Bernama

Continue Reading

Previous: AGH lancar platform dagangan gas asli Jun ini
Next: Anugerah PropertyGuru Asia buka pencalonan kepada pemaju

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.