Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tarikh 16 September 1963 akan sentiasa terpahat sebagai detik bersejarah
  • TEMPATAN

Tarikh 16 September 1963 akan sentiasa terpahat sebagai detik bersejarah

Utusan Sarawak 8 hours ago
DATO Mohd Chee Kadir.

KABONG: Tarikh 16 September 1963 akan sentiasa terpahat sebagai detik bersejarah penyatuan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak yang membentuk sebuah negara berdaulat bernama Malaysia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata penyatuan itu melahirkan semangat perpaduan yang menjadi asas kepada keamanan, kemakmuran dan keharmonian yang dinikmati rakyat hingga ke hari ini.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita mesti terus menjunjung semangat patriotisme, menghargai pengorbanan pejuang terdahulu dan memperkukuh iltizam untuk memastikan negara ini kekal aman, maju serta disegani,” katanya dalam perutusan sempena sambutan Hari Malaysia hari ini.

Beliau turut menyeru generasi muda supaya mencontohi perjuangan generasi terdahulu yang telah berkorban demi membentuk Malaysia serta menjadi ejen perubahan untuk masa depan lebih gemilang melalui pendidikan, teknologi, ekonomi hijau dan pembangunan sosial inklusif.

Di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Sarawak progresif dengan tenaga hijau diperbaharui bukan sahaja untuk Malaysia, malah rantau ASEAN.

Melalui Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030), kita mahu memastikan kemakmuran ekonomi, keterangkuman dan kelestarian alam sekitar dapat dicapai.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sarawak di landasan kukuh menuju negeri maju, hasil negeri cecah RM14 bilion
Next: 16 September mengimbau detik bersejarah penubuhan Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.