19 pasukan bakal berentap dalam pertandingan Pertandingan Sepak Takraw Kampung Awat-awat yang akan bermula hari ini hingga 16 september depan.
Pertandingan itu yang dianjurkan bersama Biro sukan Kelab Sri Murni Studio(SMS) dan KRT Kampung Awat-awat berjaya menarik minat penyertaan golongan muda di kampung berkenaan.
Penasihat Kelab SMS Lawas, Awang@Ibrahim bin Ahmad memberitahu bahawa kelab itu bukan hanya aktif dalam program nyanyian namu turut terlibat dalam berapa program berbentuk keagamaan, sukan dan kemasyarakatan.
Katanya kenjayaan penganjuran opertandinganm seumpama itu menjadi penanda aras untuk mengetengahkan generasi muda dalam menganjurkan aktiviti diperingkat kampung.
Penganjuran aktiviti seumpama itu tegasnya, secara tidak lansung dapat mencegah golongan muda di kampung terlibat daripada terlibat dengan aktiviti yang tidak berfaedah serta boleh merosakan masa depan mereka.
Pertandingan akhir akan dilangsung pada 16 September dan bakal dirasmikan oleh Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok.
Oleh Adeng Edrus