Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Taqwa dan akhlak baik dakwah paling mudah diamalkan setiap masa
  • Utara
  • WILAYAH

Taqwa dan akhlak baik dakwah paling mudah diamalkan setiap masa

Utusan Sarawak 5 hours ago
NASHKAH AL-QURAN…Awang Tengah menyerahkan sumbangan nashkah Al-Quran kepada Penghulu Jabat Ghani bagi zon Merapok sambil disaksikan kenamaan yang hadir.

LAWAS: Umat Islam pada akhir zaman ini perlu mempertingkatkan ketakwaan bagi menghadapi ketidaktentuan geopolitik serta pelbagai isu sosial yang semakin mencabar.

Timbalan Premier Sarawak, Awang Tengah Ali Hasan berkata, generasi Islam masa kini perlu sentiasa berwaspada terhadap budaya penyebaran fitnah yang semakin berleluasa dalam masyarakat.

Menurutnya, ketakwaan dan akhlak yang baik mampu menjadi benteng dalam menghadapi kecelaruan zaman ketika ini.

“Keadaan geopolitik kini sangat mencabar, jadi kita harus sentiasa berwaspada kerana ia memberi kesan yang besar. Majlis iftar seperti ini dapat memperkukuh azam dan semangat kita untuk memastikan akhlak dalam kalangan anak-anak sentiasa berada pada tahap terbaik selaras dengan ajaran agama.

HADIR SAMA…(Kedua dari kiri) Morliah bersama kenamaan wanita lainnya turut hadir memberikan sokongan.

“Kadangkala kita berasa sedih melihat perbalahan, fitnah-memfitnah serta pelbagai gejala sosial dalam masyarakat. Perkara ini menyebabkan orang hilang rasa hormat dan cara paling berkesan untuk mengatasinya ialah dengan sentiasa bertakwa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Iftar Perdana Daerah Lawas di Masjid Dato Pengiran Matussin, Kampung Dato Kuala Lawas, petang semalam.

Pada majlis tersebut, Awang Tengah turut menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf di Kuala Lawas serta sumbangan 1,000 naskhah al-Quran kepada masjid dan surau di daerah Lawas.

Majlis turut diserikan dengan bacaan ayat suci al-Quran oleh guru al-Quran dan johan qariah Majlis Tilawah al-Quran Bahagian Limbang, Eza Nurumaiza Japaruddin, diikuti tausiah khas daripada JAKIM sebelum majlis iftar dan solat Maghrib berjemaah.

Hampir 1,000 umat Islam di kawasan Kuala Lawas hadir pada majlis tersebut dan turut menunaikan solat berjemaah fardu Isyak serta solat sunat Tarawih sebelum majlis moreh pada sebelah malam.

Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Misnu Taha; Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Mohd Ajib Ismail; Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Lawas, Dayang Morliah Awang Daud serta Setiausaha Politik Premier Sarawak, Awangku Jinal Abedin Pengiran Jawa.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Peruntukan RM50,000 baik pulih Rumah Panjang Jipun, Tanjung Upar
Next: MR DIY cawangan Daro dibuka mulai hari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.