Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tapak Projek Kampung Datu Lama diserah, kerja pembersihan dimulakan
  • Tengah
  • WILAYAH

Tapak Projek Kampung Datu Lama diserah, kerja pembersihan dimulakan

Utusan Sarawak 4 days ago
 UNTUK RAKYAT…..Dr Annuar pada Perlancaran Cadangan Pembersihan Tapak dan Kerja Tanah Bagi 17 Unit Rumah Berasingan Di Sebahagian Blok 1 Pembangunan Semula Kampung Datu Lama, petang tadi.

SIBU: Langkah awal Projek Pembangunan Semula Kampung Datu Lama bermula hari ini dengan kerja pembersihan dan penambakan tanah di kawasan seluas dua hektar, selepas tapak projek diserahkan secara rasmi kepada pemaju.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, kerja-kerja pembersihan berkenaan adalah bagi pembinaan 17 rumah fasa pertama.

“Projek pembersihan tanah ini akan dilaksanakan dalam tempoh enam bulan. Selepas itu, rundingan bersama penduduk akan diadakan untuk menentukan pilihan rumah yang mereka inginkan bagi dibina di kawasan 17 unit pertama ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa melancarkan Cadangan Pembersihan Tapak dan Kerja Tanah Bagi 17 Unit Rumah Berasingan di Sebahagian Blok 1, Projek Pembangunan Semula Kampung Datu Lama, petang tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu memberitahu, secara keseluruhan sebanyak 107 rumah akan dibina di bawah projek pembangunan semula tersebut.

“Selain 107 pemilik tanah ini, seramai 40 pemilik tanah lagi telah memilih untuk menerima pampasan dalam bentuk tunai dan tidak akan dibina rumah baharu,” jelasnya.

Beliau berkata, selepas enam bulan kerja pembersihan dan penambakan selesai, barulah kerja-kerja pembinaan rumah dimulakan bagi memberi masa tanah mendap dan stabil.

“Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) akan menawarkan tiga hingga empat jenis reka bentuk rumah untuk dipilih penduduk berdasarkan jumlah pampasan yang diterima.

Katanya, survei pertama untuk mengenal pasti penduduk yang memilih untuk membina semula rumah telah selesai, dan survei kedua akan diadakan bagi memilih jenis rumah yang diinginkan.

“Jika menerima pampasan yang lebih besar, mereka boleh memilih rumah yang lebih besar. Proses ini perlu dilalui sebelum pembinaan dimulakan,” ujar beliau.

Mengulas mengenai tanah perkuburan lama di kawasan berkenaan, Dr Annuar menegaskan tapak perkuburan Lebai Sangkut akan dikekalkan serta dinaik taraf agar lebih teratur dan terpelihara.

“Kita telah meminta waris untuk mengenal pasti kubur keluarga masing-masing, dan sebahagian sudah menanda lokasi tersebut. Kawasan itu juga akan ditambak bagi mengelakkan takungan air kerana tanahnya agak rendah,” kata beliau.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: SMK Simanggang dan SJK Chung Hua dinobat Johan Pertandingan Trafik Sarawak peringkat Sri Aman
Next: 24 projek rakyat dimuktamadkan untuk dilaksana di DUN Kalaka 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.