Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Tapak pelupusan Jalan Seng Ling masih terbakar, MPS sedia laksana pengorekan
  • KEBAKARAN

Tapak pelupusan Jalan Seng Ling masih terbakar, MPS sedia laksana pengorekan

Utusan Sarawak 6 hours ago
TINJAUN KEADAAN DI LOKASI….Izkandar melawat kebakaran di tapak perlupusan sampah Jalan Seng Ling.

SIBU: Kebakaran bawah tanah di tapak pelupusan sampah Jalan Seng Ling yang telah ditutup di sini dilaporkan masih berterusan.

Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Mohammed Abdullah Izkandar Roseley bersama Kaunselor Rory Ee Yion Wong dan Pegawai Tadbir MPS, Dunstan Eric melawat kawasan tersebut hari ini.

Izkandar berkata lawatan itu bagi menilai tahap kerosakan serta melihat sendiri keadaan kerja kakitangan MPS di lapangan.

KERJA-KERJA….Mengawal dan memadam kebakaran di tapak perlupusan sampah Jalan Seng Ling masih giat dijalankan.

Menurutnya, kerja-kerja pengorekan akan dimulakan tidak lama lagi bagi membantu menangani keadaan semasa seperti yang disarankan oleh Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Andy Alie.

“Saya menghargai dedikasi dan ketabahan pasukan barisan hadapan kita yang bekerja dalam keadaan sukar. Ia bukan tugas mudah bagi mereka yang terpaksa bertugas di bawah terik matahari dengan kualiti udara yang rendah,” katanya menerusi catatan di Facebooknya hari ini.

Oleh Akun Giman

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kereta musnah terbakar di Lebuh Raya Pan Borneo Miri-Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.