Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Tapak jejak dinosaur terbesar ditemui di Britain
  • GLOBAL

Tapak jejak dinosaur terbesar ditemui di Britain

Utusan Sarawak 4 months ago

Gambar hiasan agensi

LONDON: Kira-kira 200 tapak kaki bersaiz gergasi milik dinosaur yang hidup 166 juta tahun lalu ditemukan di sebuah kuari di Oxfordshire, menjadikannya tapak jejak terbesar di United Kingdom (UK), lapor Agensi Anadolu (AA).

Penyelidik dari Universiti Oxford dan Birmingham telah menemukan kawasan luas di lantai kuari yang dipenuhi ratusan tapak kaki dinosaur yang berbeza, mewujudkan beberapa laluan trek yang besar, menurut pengumuman Universiti Oxford pada Khamis.

Penemuan baharu itu menunjukkan kesan tapak kaki yang berasal dari ‘Middle Jurassic Period’, sekitar 166 juta tahun lalu. 

Laluan itu membentuk sebahagian daripada ‘lebuh raya dinosaur’ yang besar dan termasuk tapak kaki pemangsa Megalosaurus sepanjang sembilan meter, serta dinosaur herbivor sehingga dua kali ganda saiz itu.

Kenyataan itu menyatakan bahawa penggalian yang dijalankan di Dewars Farm Quarry, Oxfordshire, menemukan lima laluan besar dengan bukti lebih banyak kesan tapak kaki di kawasan sekitar.

“Empat daripada laluan itu dihasilkan oleh dinosaur herbivor berleher panjang dipanggil ‘sauropod’, yang berkemungkinan besar ialah ‘Cetiosaurus’.”

Laluan kelima pula dihasilkan oleh dinosaur theropod karnivor, ‘Megalosaurus’, yang mempunyai ciri khas kaki tiga berukuran besar dengan cakar.

“Saintis telah lama mengetahui dan mengkaji ‘Megalosaurus’ lebih lama daripada dinosaur lain di Bumi.

“Namun, penemuan terbaru ini membuktikan masih terdapat bukti baharu mengenai haiwan ini yang menunggu untuk ditemukan,” kata Emma Nicholls, ahli paleontologi vertebrata di Oxford University Museum of Natural History.

Kesan tapak kaki itu tertimbus di bawah lumpur tetapi mula kelihatan selepas seorang pekerja kuari, Gary Johnson, merasakan ‘benjolan luar biasa’ ketika dia membersihkan tanah liat dengan kenderaannya untuk mendedahkan lantai kuari.

Pakar kemudiannya dipanggil dan Universiti Oxford serta Birmingham mengetuai pasukan lebih 100 orang dalam penggalian selama seminggu pada Jun 2024. – BERNAMA-AA

Continue Reading

Previous: Pesawat Siberian Airlines terbabas dari landasan 
Next: PM Thailand isytihar aset RM1.8 bilion, termasuk lebih 200 beg tangan berjenama, 75 jam tangan mewah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.