Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • TanKerjasama rakyat, JTS Sarawak ukur NCR
  • TEMPATAN

TanKerjasama rakyat, JTS Sarawak ukur NCR

Utusan Sarawak 5 years ago
KENANGAN… Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan bersama Dato Henry Harry Jinep merakam kenangan bersama semasa merasmikan Majlis Penyampaian Surat Hak Milik Tanah Daerah Bau 2020 di Dewan Serbaguna Kampung Tanjung Poting Singai, Bau semalam. • Foto ANDRE OLIVEIRO.

BAU: Kerjasama tidak berbelah-bahagi antara rakyat negeri ini dan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak memudahkan pengukuran 942, 840 hektar tanah hak adat bumiputera (NCR) dari 2010 hingga sekarang.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berterima kasih kepada seluruh rakyat Sarawak kerana bekerjasama membantu Kerajaan Sarawak dalam menyelesaikan isu tanah yang selama ini membelenggu semua.

“Kerjasama erat mempercepatkan penyukatan tanah walaupun pada mulanya berlaku salah faham yang menuduh Kerajaan Sarawak mahu merampas tanah NCR penduduk,” katanya.                                                                                                                                                                                                     

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Surat Hakmilik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri di Dewan Serbaguna Kampung Tanjong Poting, Singai, Bau.

Sebanyak 132 surat hak milik tanah diserahkan kepada 117 penerima bagi kawasan Kampung Bobak Sajong, Kampung Tanjong Poting dan Kampung Sudoh pada majlis itu.

Mengulas lanjut, Awang Tengah memberitahu, Kerajaan Sarawak dari dahulu hingga sekarang sentiasa mengiktiraf tanah NCR berdasarkan sumber sahih dan perundangan.

“Saya menasihatkan rakyat Sarawak supaya mempertahankan hak tanah NCR ini dan jadikan ia sebagai  sumber rezeki untuk meningkatkan taraf ekonomi keluarga.

“Kita akan terus memastikan program penyukatan tanah NCR ini berterusan agar semua rakyat negeri ini mendapat hak mereka masing-masing,” jelasnya.

Tambahnya, sekiranya ada dalam kalangan penduduk yang mahu mendapatkan surat hak milik tanah, amat dialu-alukan membuat permohonan kerana penyukatan tanah NCR bukan paksaan.

“Penyukatan tanah NCR bukan paksaan, sebelum tanah disukat pihak JTS Sarawak dan Kerajaan Sarawak akan melakukan dialog bersama-sama penduduk,” katanya lagi.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep serta Pengarah  Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Abdullah  Julaihi.

Oleh Nur Ain Otsman

Continue Reading

Previous: Tingkatkan kesedaran melalui kebersihan
Next: Orang ramai dijemput hadir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.