Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tanjung Sebekut disasar jadi salah satu jelapang padi utama Sarawak
  • Tengah
  • WILAYAH

Tanjung Sebekut disasar jadi salah satu jelapang padi utama Sarawak

Utusan Sarawak 4 days ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embas semasa menghadiri sesi libat urus bersama pemilik tanah, penanam dan pengusaha padi di bawah Skim Kawalan Saliran Tanjung Sebekut berlangsung di Dewan Komuniti Spaoh, hari ini. Foto: DUN Bukit Saban

SPAOH: Kawasan Tanjung Sebekut disasar menjadi salah satu jelapang padi utama di Sarawak menerusi pelaksanaan dua musim penanaman setahun dengan sokongan teknologi moden serta sistem saliran yang lebih efisien.

Inisiatif itu diumumkan dalam sesi libat urus bersama pemilik tanah, penanam dan pengusaha padi di bawah Skim Kawalan Saliran Tanjung Sebekut yang berlangsung di Dewan Komuniti Spaoh, hari ini.

Program berkenaan turut melibatkan Jabatan Pertanian Sarawak, Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) serta syarikat pembekal benih hibrid, Green World Genetics (GWG) Sdn Bhd.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata matlamat utama program itu ialah memastikan kawasan Tanjung Sebekut berfungsi sepenuhnya sebagai kawasan pengeluaran padi dua musim setahun.

Menurutnya, pembangunan infrastruktur seperti pembinaan parit dan tali air akan diberi keutamaan bagi meningkatkan hasil pengeluaran serta mengoptimumkan penggunaan tanah pertanian di kawasan tersebut.

“Kami mahu perancangan ini dibentuk bersama rakyat. Setiap penanam perlu memahami peranan mereka, manakala kerajaan akan terus menyediakan sokongan dari segi infrastruktur, teknologi dan bimbingan teknikal,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban turut memaklumkan bahawa sambutan daripada peserta sesi libat urus amat menggalakkan, mencerminkan kesediaan komuniti setempat untuk bekerjasama menjayakan usaha menjadikan Spaoh antara pengeluar utama beras negeri.

Menurut Uggah, sesi libat urus susulan akan diteruskan bagi memperhalusi pelan tindakan kerajaan serta menangani isu-isu berbangkit yang dihadapi oleh petani tempatan.

Langkah ini katanya selaras dengan aspirasi menjadikan Sarawak sebagai negeri pengeluar beras utama dalam strategi keselamatan makanan negeri.

Dalam perkembangan lain, beliau turut mengumumkan beberapa projek infrastruktur di kawasan Betong, termasuk pemasangan lampu isyarat di sekitar Hospital Betong, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Betong, dan Simpang Lidong bagi meningkatkan keselamatan jalan raya.

Selain itu, kerja pemasangan lampu di Jambatan Sungai Paku, Spaoh, dijangka siap sepenuhnya menjelang hujung tahun ini.

Turut hadir pada sesi tersebut, Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu, Residen Betong Richard Michael Abunawas, serta pegawai kanan pelbagai agensi kerajaan negeri.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Pokok tumbang halang laluan ke Klinik Nanga Kesit
Next: Program Jom Fit, Jom Sihat Julau galak gaya hidup sihat dalam komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.