“Saya mengambil masa sebulan untuk menyiapkan ‘tangu’ atau sebahagian daripada aksesori dalam pakaian tradisional Ngepan Iban saya yang pertama kerana memerlukan masa untuk mengamati coraknya sepenuhnya.
“Sehingga kini, saya telah menghasilkan 100 ‘tangu’ setelah tiga tahun mengaut pengalaman dalam bidang ini dan
telah ditempah dan dibeli oleh pembeli dari pelbagai daerah termasuk daerah Miri, Sibu, Bintulu, Sri Aman dan
banyak lagi bahkan sehingga ke Sabah,” jelasnya ketika dihubungi Utusan Sarawak semalam.
Berbekalkan tekad untuk membantu menambah sumber pendapatan dalam keluarga dan minat yang mendalam dalam bidang menenun, seorang suri rumah mampu menghasilkan empat ‘tangu’ dalam masa sebulan.
Seorang ibu beranak dua, Amylia Drahman, 33 atau lebih mesra disapa Amy berkata kemahiran menenun ‘tangu’ dipelajarinya daripada mertuanya dan sentiasa dipraktikkannya sehingga menarik minat pembeli dari pelbagai negeri.
“Saya mengambil masa sebulan untuk menyiapkan ‘tangu’ atau sebahagian daripada aksesori dalam pakaian tradisional ngepan Iban saya yang pertama kerana memerlukan masa untuk mengamati coraknya sepenuhnya.
“Sehingga kini, saya telah menghasilkan 100 ‘tangu’ setelah tiga tahun mengaut pengalaman dalam bidang ini dan telah ditempah dan dibeli oleh pembeli dari pelbagai daerah termasuk daerah Miri, Sibu, Bintulu, Sri Aman dan banyak lagi bahkan sehingga ke Sabah,” jelasnya ketika dihubungi Utusan Sarawak semalam.
Amy yang berasal dari Kampung Stutong Baru, Kuching ini memberitahu antara corak yang mendapat banyak tempahan ialah ‘tangu pelaga’ dan corak bunga 3D.
“Selain itu, saya juga turut menghasilkan pelbagai corak lain seperti corak sotong, naga, bungai terung dan sebagainya yang bergantung kepada permintaan pelanggan.
“Setakat ini, saya banyak menerima tempahan daripada kaum Iban dan juga kaum Bidayuh yang berminat untuk menggayakannya dengan pakaian tradisional Iban iaitu ngepan,” jelasnya.
Meskipun memerlukan masa yang agak panjang untuk disiapkan, Amy menzahirkan harapan untuk terus konsisten dalam menghasilkan ‘tangu’ bagi memenuhi permintaan para pelanggan.
“‘Tangu’ yang ditenun adalah menggunakan manik toho, benang dan juga pelaga kaca dan memerlukan ketelitian bagi mengamati corak tersebut dan menghasilkannya dengan sempurna.
“Setakat ini saya menggunakan media sosial seperti Whatsapp dan Facebook untuk mempromosikannya dan saya berharap saya akan lebih berani untuk mencuba pelbagai corak baharu pada masa akan datang,” jelasnya.
Oleh RYNNA SHA’ERRA