Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tangkapan kes penyalahgunaan dadah dan ugutan jenayah
  • JENAYAH

Tangkapan kes penyalahgunaan dadah dan ugutan jenayah

Utusan Sarawak 7 hours ago
TANGKAPAN DADAH… Polis menahan mereka yang terlibat kes dadah dan senjata untuk mengugut mangsa di Lawas Damit.

LAWAS: Seorang wanita tempatan berusia 41 tahun yang juga penganggur ditahan kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Liong Tindan memberitahu suspek telah ditahan di tepi jalan di bandar Lawas dalam keadaan mencurigakan pada petang Rabu lalu. 

“Pemeriksaan telah dijalankan ke atas suspek namun tiada menjumpai apa-apa barang salah seperti dadah ditemui.

Walau bagaimanapun hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis AMP/METH. Semakan kesalahan lampau mendapati saspek mempunyai 2 kesalahan lampau. Kes disiasat mengikut 15(1)(a) ADB 1952,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

TANGKAPAN DADAH… Polis menahan mereka yang terlibat kes dadah.

Manakala pada 1.50 pagi semalam, di bandar Lawas, sepasukan polis telah menahan sebuah kenderaan yang dinaiki oleh dua individu, iaitu seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun dan seorang wanita tempatan berusia 34 tahun yang kelihatan mencurigakan dan disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Pemeriksaan lanjut ke atas kedua-dua orang yang disyaki (OYDS) dan kenderaan tersebut namun tiada menjumpai apa-apa barang salah/dadah. Hasil ujian air kencing mendapati kedua-dua saspek positif dadah jenis AMP/METH.

Semakan kesalahan lampau mendapati salah seorang mempunyai 1 kesalahan lampau berkaitan dadah. Kedua-dua saspek yang merupakan kenalan disiasat mengikut seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

SENJATA untuk mengugut mangsa di Lawas Damit.

Sementara itu dalam kes berasingan, pada malam Rabu lalu, pihak polis menerima laporan polis daripada pengadu iaitu seorang wanita tempatan berusia 41 tahun berkaitan kes ugutan jenayah dirumah keluarga di Jalan Lawas Damit.

Bertindak atas laporan berkenaan, sepasukan polis telah ke rumah suspek dan berjaya menangkap suspek yang berusia 38 tahun dan kerja sendiri.

Siasatan awal mendapati suspek yang merupakan adik mangsa bertindak sedemikian kerana marah kepada mangsa tanpa sebab yang diketahui mangsa.

Turut dirampas adalah besi digunakan oleh suspek untuk menakutkan mangsa. Semakan kesalahan lampau mendapati suspek mempunyai empat kesalahan lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis AMP/METH. Kes disiasat mengikut seksyen 506 KK dan seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: 100 kenderaan diperiksa, 25 motosikal ditahan dalam Ops Ambang Tahun Baharu di Miri
Next: 13 saman dikeluarkan dalam Op Bersepadu Pencegahan Jenayah Ambang Tahun Baharu 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.