Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • TANGGUH AKTIVITI LAUT
  • TEMPATAN

TANGGUH AKTIVITI LAUT

Utusan Sarawak 3 years ago
WASPADA… Komuniti maritim di perairan Sarawak diminta sentiasa peka dengan keadaan cuaca serta keselamatan sekiranya turun ke laut.

KUCHING: Nelayan bot kecil dinasihatkan untuk tidak turun ke laut buat masa ini kerana laut bergelora dengan ketinggian ombak sehingga 3.5 meter dijangka di kawasan perairan negeri ini.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menyatakan berikutan angin kencang, keadaan laut ketika ini amat berbahaya dan boleh menyebabkan kejadian yang tidak diingini serta ancaman nyawa selain harta benda.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Zin, menasihatkan komuniti maritim supaya membatalkan niat ke laut pada masa ini.

Beliau berkata, sekiranya keadaan mendesak untuk ke laut komuniti maritim dinasihatkan supaya utamakan keselamatan dengan memakai jaket keselamatan, merujuk ramalan kaji cuaca, memastikan bot atau kapal dalam keadaan selamat.

“Komuniti komuniti maritim di perairan Sarawak perlu sentiasa peka akan keadaan cuaca serta keselamatan sekiranya turun ke laut.

“Fasa Monsun Timur laut yang bermula pada 3 November 2021 dijangka berterusan sehingga Mac 2022 hingga menyebabkan tiupan angin yang lebih kencang beserta hujan lebat berterusan dari arah timur laut.

“Merujuk kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia pada Ahad, amaran angin kencang timur laut berkelajuan 40-50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ketinggian ombak 3.5 meter dijangka di kawasan perairan Sarawak (kategori pertama),” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut manakala bagi sektor perkapalan pula, angin kencang timur laut melebihi 60kmsj dengan ombak setinggi melebihi 4.5meter (Kategori ketiga).

Katanya, situasi itu dijangka akan berlaku di kawasan perairan laut dalam dan berbahaya kepada semua aktiviti pantai, perkapalan, menangkap ikan termasuk pekerja di pelantar minyak dan perkhidmatan feri.

Zain Azman juga menasihatkan agar komuniti maritim membawa bersama peranti pengesan peribadi atau Personal Located Beacon (PLB) bagi membantu mempercepatkan bantuan di laut jika berlaku sebarang kecemasan di laut.

“Komuniti Maritim juga boleh terus menghubungi talian MERS999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Negeri Sarawak ditalian 082- 432544/082-432006 yang beroperasi 24 jam,” katanya.

Continue Reading

Previous: Pasukan GPS Sibu perlu kuat
Next: Dapatkan rawatan segera sekiranya alami simptom teruk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.