Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tangani berita palsu, Komuniti MADANI diminta sebar info sahih
  • Utara
  • WILAYAH

Tangani berita palsu, Komuniti MADANI diminta sebar info sahih

Utusan Sarawak 2 days ago
KETUA Konvoi KMJG 2025, Adillatul Hasif Nasah berucap pada Program KMJG 2025 di Balai Raya Jepak, Bintulu, hari ini.

BINTULU: Ahli-ahli Komuniti MADANI digesa menjadi duta penyebaran maklumat kerajaan bagi memastikan kempen, dasar dan informasi sahih disampaikan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketua Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2025, Adillatul Hasif Nasah berkata, komuniti memainkan peranan penting dalam menangkis penyebaran berita palsu yang mudah tular di media sosial.

“Saya menggesa semua masyarakat terutama ahli Komuniti MADANI agar bertindak sebagai duta pemasaran maklumat kerajaan bagi membantu menyebarluaskan kempen, dasar, informasi terkini dan isu semasa kepada setiap lapisan masyarakat.

“Saya juga memohon kerjasama untuk menyampaikan maklumat sahih bagi membantu kerajaan mematahkan penyebaran berita palsu.

PENGIRAN Dato Daud Pengiran Putera bersama Ketua Konvoi KMJG 2025, Adillatul Hasif Nasah dan peserta program mengibarkan Jalur Gemilang sambil berjalan kaki di sekitar kampung di Jepak hari ini.

“Jabatan Penerangan (JaPen) akan terus membekalkan maklumat sebagai panduan dan sentiasa bersedia membantu jika diperlukan,” katanya pada Program KMJG di Balai Raya Jepak di sini, hari ini.

KMJG 2025 telah memulakan perjalanan menjelajah ke seluruh Sarawak sejak 2 Ogos, membabitkan 22 lokasi persinggahan atau ‘check point’ dari Lundu hingga ke Lawas yang dilaksanakan secara berfasa.

Antara kawasan yang terbabit termasuk Kuching, Samarahan, Serian, Bintulu, Miri, Limbang, Sibu, Kapit, Sarikei dan Sri Aman.

Jarak keseluruhan pergerakan konvoi dianggarkan sejauh 1,810 kilometer, menjadikan program ini sebagai sebuah kembara patriotik istimewa yang menyemarakkan semangat kemerdekaan serta memupuk kecintaan terhadap Jalur Gemilang di seluruh negeri.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Rakyat diingatkan kibarkan Jalur Gemilang dengan betul
Next: ADUN Kalaka sumbang 40 pakaian keselamatan kepada petugas kesihatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.