Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Tang Jie-Wen Tse sandaran terakhir negara di Taiwan
  • SUKAN

Tang Jie-Wen Tse sandaran terakhir negara di Taiwan

Utusan Sarawak 2 weeks ago
BEREGU campuran negara Chen Tang Jie-Chan Wen Tse.

KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Chan Wen Tse muncul satu-satunya wakil Malaysia yang layak ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Taiwan 2025 selepas menewaskan pasangan Indonesia Bobby Setiabudi-Melati Daeva Oktavianti, hari ini.

Dalam perlawanan suku akhir yang berlangsung di Arena Taipei, pasangan negara yang bakal berpisah selepas Kejohanan Masters Malaysia itu hanya mengambil masa 28 minit untuk mencatat kemenangan straight set 22-20, 21-10.

Tang Jie-Wen Tse yang merupakan pilihan ketujuh kejohanan bakal berdepan cabaran getir di separuh akhir apabila menentang pilihan keempat Jafar Hidayatullah-Felisha Alberta Nathaniel Pasa.ribu dari Indonesia bagi merebut slot ke final.

Bagaimanapun, langkah satu lagi beregu campuran negara Loo Bing Kun-Toh Ee Wei terhenti selepas tewas dalam pertarungan tiga set kepada pasangan Indonesia Dejan Ferdinansyah-Siti Fadia Silva Ramadhanti, 22-20, 17-21, 12-21.

Dalam acara perseorangan lelaki, Justin Hoh terkandas di suku akhir selepas tunduk kepada pemain tuan rumah Wang Tzu Wei 13-21, 15-21 dalam masa 44 minit manakala perseorangan wanita K. Letshanaa turut gagal mara selepas tewas kepada pemain Korea Selatan Sim Yu Jin dalam aksi tiga set, 16-21, 21-13, 15-21. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Pakistan tarik diri Piala Asia ASTAF 2025
Next: UKM juara Piala Sumbangsih Liga IPT

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.