Tang Jie-Ee Wei tepati ramalan, Pang Ron-Su Yin ketepikan Soon Huat-Shevon ke suku akhir

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
BEREGU campuran utama negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei terpaksa bekerja keras sebelum mengesahkan tiket ke suku akhir Kejohanan Dunia 2025 di Paris hari ini.

KUALA LUMPUR: Beregu campuran utama negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei terpaksa bekerja keras sebelum mengesahkan tiket ke suku akhir Kejohanan Dunia 2025 di Paris hari ini.

Gandingan keempat dunia itu agak goyah apabila tewas set pertama 14-21 kepada Jafar Hidayatullah-Felisha Alberta Nathaniel Pasaribu dari Indonesia sebelum bangkit memenangi set kedua 21-19.

Penguasaan pasangan negara itu berterusan apabila melengkapkan 66 minit perlawanan dengan kemenangan 21-17 sekali gus menempah slot ke suku akhir untuk menempah pertemuan dengan wakil India, Dhruv Kapila-Tanisha Cristo.

Terdahulu, pasangan India itu menewaskan Tang Chun Man-Tse Ying Suet dari Hong Kong 19-21, 21-12, 21-15.

Terdahulu, pasangan Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin mengejutkan satu lagi pasangan negara yang juga pemain profesional Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie 31-21, 23-21, 21-17.

Tugas sukar menanti pasangan negara di suku akhir apabila dijadual berdepan pasangan kedua dunia dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin yang mengetepikan wakil Denmark, Jesper Toft-Amalie Magelund 21-15, 21-11.

-Bernama