Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Tang Jie-Ee Wei tempah slot separuh akhir Terbuka Denmark
  • SUKAN

Tang Jie-Ee Wei tempah slot separuh akhir Terbuka Denmark

Utusan Sarawak 1 day ago
BEREGU campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menepati ramalan melangkah ke pusingan separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Denmark 2025.

KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menepati ramalan melangkah ke pusingan separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Denmark 2025 selepas mengetepikan cabaran gandingan senegara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie pada aksi suku akhir hari ini.

Pada pertembungan di Jyske Bank Arena, Odense, pilihan keempat kejohanan itu hanya mengambil tempoh 38 minit untuk merakamkan kemenangan 21-17, 21-11 ke atas pilihan kelapan itu.

Menanti jaguh dunia itu di separuh akhir adalah antara pilihan utama kejohanan dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin atau Mathias Christiansen-Alexandra Boje dari Denmark.

Dalam pada itu, perjuangan pasangan beregu lelaki negara Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong berakhir selepas tewas kepada juara bertahan yang juga pilihan kelima dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang 19-21, 18-21.

-Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Bilionair Ronaldo terus terajui senarai terkaya Forbes, Yamal turut serta 
Next: Slot tuntut peningkatan Liverpool selepas tiga kekalahan berturut-turut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.