Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Tang Jie- Ee Wei rangkul kejuaraan Terbuka Australia, gelaran kedua musim ini
  • SUKAN

Tang Jie- Ee Wei rangkul kejuaraan Terbuka Australia, gelaran kedua musim ini

Utusan Sarawak 2 hours ago
Foto Facebook Badminton Association of Malaysia (BAM).

KUALA LUMPUR: Beregu campuran utama negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mengesahkan kejuaraan kedua musim ini selepas muncul juara Kejohanan Badminton Terbuka Australia 2025 di Sydney hari ini.

Pada aksi final kejohanan Super 500 yang berlangsung di Quaycentre, Olympic Boulevard itu, juara dunia dan pilihan utama itu meneruskan dominasi untuk mengecewakan pilihan kedua dari Indonesia Jafar Hidayatullah-Felisha Alberta Nathaniel Pasaribu 21-16, 21-11 dalam tempoh 42 minit.

Kejayaan itu melebarkan rekod bersih lima kemenangan Tang Ji-Ee Wei ke atas gandingan ranking ke-11 dunia berkenaan.

Ia juga adalah pentas final ketiga Tang Jie-Ee Wei musim ini selepas muncul juara dunia pada Ogos lepas.

Kemenangan itu membolehkan kedua-dua mereka membawa pulang hadiah wang tunai USD37,525 (kira-kira RM155,835).

-BERNAMA

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: 16 pasukan bersaing, Sibu A dan Meradong raih gelaran juara U16
Next: Kejohanan Skuasy Piala Lau Swee Nguong 2025 raih sambutan pemain muda

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.