Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Tang Jie- Ee Wei lupakan status juara dunia, fokus Masters China
  • SUKAN

Tang Jie- Ee Wei lupakan status juara dunia, fokus Masters China

Utusan Sarawak 1 day ago
PENGERUSI Eksekutif dan Pengarah Urusan Sengheng Lim Kim Heng (tiga, kanan) menyampaikan ganjaran berupa wang tunai kepada pasangan regu campuran negara Chen Tang Jie (dua, kanan) dan Toh Ee Wei (tiga, kiri) selepas berjaya menjadi juara dunia pada Majlis Ganjaran Khas kepada Juara Dunia di Akademi Badminton Malaysia hari ini. Turut kelihatan, Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk V. Subramaniam (tengah). Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menganggap tempoh ‘bulan madu’ selepas muncul juara dunia sudah berakhir, dan kini memberi tumpuan sepenuhnya pada Kejohanan Badminton Masters China 2025, bermula Selasa depan.

Ee Wei mengakui gelaran juara dunia itu adalah impian yang menjadi kenyataan, namun beliau dan Tang Jie bertekad untuk tidak terlalu dibuai dengan kejayaan itu.

Sebaliknya, beliau berkata keutamaan mereka kini adalah untuk meneruskan momentum serta mempamerkan prestasi konsisten pada setiap kejohanan yang disertai.

“Bagi kami, gelaran juara dunia sudah pun berlalu. Kami tidak mahu terlalu fikir bahawa kami ini juara dunia atau apa.

PENGERUSI Eksekutif dan Pengarah Urusan Sengheng Lim Kim Heng (kanan) bersama pasangan regu campuran negara Chen Tang Jie (dua, kanan) dan Toh Ee Wei (kiri) pada Majlis Ganjaran Khas kepada Juara Dunia di Akademi Badminton Malaysia hari ini. Foto BERNAMA

“Kami hanya mahu fokus kepada corak permainan kami dan menikmatinya. Yang penting kami kekal fokus, merendah diri dan terus bekerja keras,” katanya kepada media semalam.

 Pasangan nombor tiga dunia itu membuat keputusan untuk tidak menyertai Terbuka Hong Kong minggu ini selepas kejayaan pada kejohanan dunia di Paris, Perancis bulan lepas.

Pada Masters China yang juga kejohanan bertaraf Super 750, Tang Jie-Ee Wei mendapat undian yang agak baik apabila dijadualkan memulakan kempen menentang pasangan Amerika Syarikat Chen Zhi Yi-Francesca Corbett pada pusingan pertama.

Sebagai rekod, gandingan Malaysia itu mara ke separuh akhir sebelum tewas kepada bekas beregu nombor satu dunia dari China Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping pada edisi tahun lepas.– Bernama

Continue Reading

Previous: Man City elak kalah lagi berdepan United 
Next: Terbuka Hong Kong: Pearly-Thinaah mara ke separuh akhir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.