Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Tang Jie-Ee Wei gagal ke final Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir BWF 2025
  • SUKAN

Tang Jie-Ee Wei gagal ke final Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir BWF 2025

Utusan Sarawak 10 hours ago
BADMINTON... Hasrat peminat untuk menyaksikan wakil negara di pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir BWF 2025 tidak kesampaian selepas beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei terkandas di peringkat separuh akhir hari ini. Foto Persatuan Badminton Malaysia

KUALA LUMPUR: Hasrat peminat untuk menyaksikan wakil negara di pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir BWF 2025 tidak kesampaian selepas beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei terkandas di peringkat separuh akhir hari ini.

Dalam aksi yang berlangsung di Pusat Sukan Olimpik Hangzhou, China, gandingan juara dunia itu terpaksa akur dengan kehebatan pasangan nombor dua dunia dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin selepas tewas 21-9, 11-21, 17-21 dalam pertarungan selama 58 minit.

Kekalahan itu menyaksikan Tang Jie-Ee Wei gagal menyaingi pencapaian edisi lalu apabila mereka muncul naib juara kejohanan.

Ee Wei berkata ini merupakan kejohanan terakhirmereka pada  tahun ini dan beliau menyatakan kepuasan terhadap prestasi keseluruhan, walaupun permulaan tahun mereka diwarnai keputusan sederhana.

Mereka tetap komited antara satu sama lain dan berlatih dengan tekun setiap hari.

“Untuk kejohanan terakhir ini, saya rasa kami telah melakukan yang terbaik. Namun, kami perlu belajar daripada lawan mengenai cara menguruskan situasi ketika mata penting dipertaruhkan.

“Itulah realiti sebagai seorang atlet. Kami akan berusaha sedaya upaya untuk kejohanan akan datang,” katanya melalui rakaman audio BWF selepas perlawanan itu.

Sementara itu, Tang Jie berkata beliau amat menantikan Sukan Asia 2026 di Aichi-Nagoya, Jepun kerana ia hanya diadakan setiap empat tahun sekali, menjadikannya impian setiap atlet untuk mencatat kejayaan di kejohanan tersebut.

-Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Sukan SEA: Prestasi cemerlang skuad pecut berbasikal trek negara petanda positif
Next: Selamat tinggal Sukan SEA 2025, selamat datang ke Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.