Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Tang Jie-Ee Wei cipta sejarah baharu, Pearly-Thinaah akhiri penantian 15 tahun  
  • SUKAN

Tang Jie-Ee Wei cipta sejarah baharu, Pearly-Thinaah akhiri penantian 15 tahun  

Utusan Sarawak 2 hours ago
Chen Tang Jie–Toh Ee Wei.
Pearly Tan-M.Thinaah.

KUALA LUMPUR: Detik bersejarah tercipta apabila beregu campuran nombor satu negara Chen Tang Jie–Toh Ee Wei merangkul kejuaraan Masters Indonesia selepas muncul juara edisi 2026 di Jakarta hari ini.

Dalam aksi final kejohanan berstatus Super 500 yang berlangsung di Istora Senayan, pasangan nombor empat dunia itu menewaskan pasangan Denmark, Mathias Christiansen-Alexandra Boje, dengan keputusan 15-21, 21-17, 21-11 dalam tempoh 57 minit.

Bagaimanapun, kemenangan itu tidak mudah apabila pasangan juara dunia itu tewas 15-21 pada set pembukaan selepas gagal mengekalkan rentak awal perlawanan.

Menghadapi tekanan pada kedudukan 10-12 dalam set kedua, pilihan ketiga kejohanan itu bangkit dengan cemerlang, mencatat enam mata berturut-turut untuk mendahului 16-12 sebelum mengekalkan momentum untuk menamatkan set 21-17, sekali gus memaksa set penentuan.

Dengan keyakinan pulih sepenuhnya, Tang Jie–Ee Wei menguasai set penentuan, mengekang sebarang percubaan balas pihak lawan sehingga Boje tersalah pukul ke net, membolehkan pasangan Malaysia menamatkan perlawanan dengan kemenangan 21-11 dan meraih gelaran Jelajah Dunia kelima mereka. 

Sementara itu, beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M.Thinaah merangkul gelaran pertama musim ini tanpa ‘bermandi peluh’ selepas lawan mereka di final, gandingan Jepun, Arisa Igarashi-Miyu Takahashi menarik diri pada saat-saat akhir.

Difahamkan kemenangan ‘percuma’ diberikan atas faktor kecederaan.

Sebagai rekod, Pearly-Thinaah menjadi beregu wanita pertama negara memenangi Masters Indonesia dalam tempoh 15 tahun selepas kali terakhir dilakukan gandingan Vivian Hoo-Woon Khe Wei pada edisi 2011. 

Selaku juara, Tang Jie-Ee Wei dan Pearly-Thinaah masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai AS$39,500 (RM158,217) manakala naib juara menerima AS$19,000 (RM76,104).

-Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Miri tuan rumah Kejohanan Tinju Antarabangsa Sarawak 2026
Next: Sze Fei-Nur Izzudin tamat kemarau juara, rangkul gelaran Masters Indonesia 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.