Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Tang Jie-Ee We sahkan tempat di pusingan akhir Masters Indonesia 2026 
  • SUKAN

Tang Jie-Ee We sahkan tempat di pusingan akhir Masters Indonesia 2026 

Utusan Sarawak 5 hours ago
FOTO facebook Badminton Association of Malaysia – BAM

KUALA LUMPUR:  Beregu campuran utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee We mengesahkan kemaraan ke pentas akhir Masters Indonesia 2026 selepas mengejutkan pasangan nombor dua dunia dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin, pada aksi separuh akhir di Jakarta hari ini.

Juara dunia itu tampil cemerlang dengan kemenangan straight set 21-17, 21-12 dalam tempoh 33 minit pada perlawanan yang berlangsung di Istora Senayan.

Menanti gandingan ranking keempat dunia itu di pentas akhir ialah pemenang satu lagi perlawanan separuh akhir antara pasangan tuan rumah, Jafar Hidayatullah-Felisha Alberta Nathaniel Pasaribu, atau wakil Denmark, Mathias Christiansen-Alexandra Boje.

Dalam kategori perseorangan wanita, cabaran pemain negara K. Letshanaa bagaimanapun terhenti di peringkat separuh akhir selepas tewas kepada wakil Thailand, Pitchamon Opatniputh, 15-21, 17-21. – Bernama

Continue Reading

Previous: APG 2025: Bonnie raih emas, kongsi pentas dengan abang
Next: 477 peserta meriahkan Kejohanan Merentas Desa SMK Marudi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.