Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Tandas emas 18 karat rekaan seniman itali bernilai jutaan dolar dilelong
  • GLOBAL

Tandas emas 18 karat rekaan seniman itali bernilai jutaan dolar dilelong

Utusan Sarawak 22 hours ago
TANDAS emas bakal dilelong.

NEW YORK: Sebuah tandas emas rekaan seniman Itali, Maurizio Cattelan akan dilelong di New York pada November ini, umum Sotheby pada Jumaat, lapor agensi berita Jerman dpa.

Tandas berkenaan diperbuat daripada emas 18 karat dan berfungsi sepenuhnya. 

Harga permulaan lelongan akan ditentukan berdasarkan nilai semasa emas pada hari lelongan, menurut kenyataan institusi lelongan itu.

Cattelan menghasilkan dua versi karya itu pada 2016 dan menamakannya “America.” 

Satu daripadanya pernah dipamerkan di Muzium Guggenheim, New York, sebelum dicuri pada 2019 dari Istana Blenheim di England ketika karya itu dipinjamkan untuk pameran.

Versi kedua dijual kepada seorang pengumpul persendirian, yang kini bakal melelongnya.

Cattelan dikenali sebagai seniman yang terkenal dengan hasil seni konseptual dan provokatif. 

Tahun lalu, sebiji pisang yang dilekatkan pada dinding menggunakan pita pelekat juga hasil karyanya dijual pada harga AS$6.2 juta di New York. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: 11 dihukum penjara seumur hidup atas insiden kebakaran hotel di Turkiye
Next: Taufan Melissa: 50 maut, Jamaica tubuh hospital medan bantu mangsa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.