Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tandas awam Sibu tidak memuaskan, MPS cadang tindakan segera
  • Tengah
  • WILAYAH

Tandas awam Sibu tidak memuaskan, MPS cadang tindakan segera

Utusan Sarawak 21 hours ago
KEADAAN tandas awam di sekitar Sibu didapati tidak memuaskan selepas pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak berkuasa semalam.

SIBU: Keadaan tandas awam di sekitar Sibu didapati tidak memuaskan apabila pemeriksaan pihak berkuasa semalam mendedahkan pelbagai masalah berkaitan kebersihan dan kerosakan kemudahan asas yang masih berleluasa.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan Awam, Persekitaran dan Perkhidmatan Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Kaunselor Yiing Sy Huat, berkata kebanyakan tandas awam yang diperiksa gagal memenuhi piawaian kebersihan, penyelenggaraan dan operasi yang telah ditetapkan.

Menurut beliau, antara lokasi yang dikenal pasti bermasalah ialah Tandas Awam Rejang Esplanade yang mengalami lantai sentiasa basah, pili air rosak dan manhole tersumbat hingga menyebabkan air kencing mengalir keluar.

“Tandas Awam Khoo Peng Loong pula didapati kotor dan tidak diselenggara dengan baik. Urinal berdaki, mangkuk tandas kotor, lampu rosak serta terdapat keretakan pada kemudahan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, Tandas Awam Gateway dan Tandas Awam SEDC juga menghadapi masalah lantai basah secara berterusan, selain kebocoran pada paip konkrit yang belum dibaiki kerana tiada kontraktor bertanggungjawab.

Sementara itu, Tandas Awam di Sibu Heritage Centre mencatatkan pelbagai isu, termasuk lantai tidak bersih dan berdebu di semua ruang (OKU, lelaki dan perempuan), serta cermin dan pintu yang tidak dicuci.

“Tandas Awam Skateboard pula didapati tidak dibuka mengikut jadual operasi yang ditetapkan,” katanya lagi.

Selain itu, Tandas Awam Lau King Howe didapati tidak menyediakan pewangi udara, mempunyai floor trap tersumbat dan tempat menukar lampin yang berhabuk. Manakala di Tandas Awam Phase I, Bujang Suntong, tandas OKU dilaporkan berdebu.

Sehubungan itu, Kaunselor Yiing mencadangkan agar tindakan segera diambil oleh pihak berkaitan bagi menangani kelemahan yang dikenal pasti, demi menjaga imej kebersihan awam serta keselesaan pengguna.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kempen Derma Darah ‘Satu Titik, Seribu Makna’ di Sarikei 22 Jun ini
Next: Kerja pemasangan paip utama LAS bermula esok di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.