Tandas awam di Miri kini percuma mulai 1 Julai

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
PERCUMA…Tandas awam kendalian Majlis Bandaraya Miri (MBM) kini boleh digunakan secara percuma mulai 1 Julai.

MIRI: Keputusan Majlis Bandaraya Miri (MBM) menyediakan penggunaan semua tandas awam di bawah seliaannya secara percuma menerima sambutan positif daripada orang ramai yang menyifatkan langkah itu sebagai inisiatif mesra rakyat.

Sebelum ini, pengguna dikenakan caj 20 sen bagi setiap penggunaan tandas awam di bawah seliaan MBM.

Dengan pelaksanaan baharu itu, semua 33 tandas awam kendalian MBM kini boleh digunakan secara percuma mulai 1 Julai.

Seorang pekerja swasta, Joseph Paeng,34, berkata beliau menyambut baik keputusan itu kerana orang ramai tidak lagi perlu menyediakan wang syiling setiap kali ingin menggunakan tandas awam.

“Kadang-kadang kita tiada wang kecil atau hanya menggunakan pembayaran tanpa tunai. Apabila tandas disediakan secara percuma, ia lebih memudahkan terutama kepada pelancong dan keluarga yang membawa anak kecil,” katanya.

Bagi pesara, Abdul Rahman Ismail,63, beliau berharap kemudahan itu disertai dengan penyelenggaraan yang konsisten.

“Tandas percuma memang baik, tetapi aspek kebersihan perlu sentiasa dijaga. Pengguna juga mesti mempunyai sikap bertanggungjawab supaya kemudahan ini kekal bersih dan selesa,” katanya.

Oleh Liong Chai Ling

Kebakaran sampah berjaya dipadamkan bomba

SARIKEI: Respons pantas anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei berjaya menghalang kebakaran membabitkan longgokan sampah di Jalan Simpang Sare

Kebakaran sampah berjaya dipadamkan bomba

SARIKEI: Respons pantas anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei berjaya menghalang kebakaran membabitkan longgokan sampah di Jalan Simpang Sare