Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • ‘Tanda kasih’ Petronas, rai kekuatan dalaman dan kebanggaan budaya sempena Gawai
  • SEMASA

‘Tanda kasih’ Petronas, rai kekuatan dalaman dan kebanggaan budaya sempena Gawai

Utusan Sarawak 3 days ago
PETRONAS mempersembahkan filem sempena Hari Gawai di saluran YouTube dan Facebook rasmi mereka. Foto Facebook Petronas

KUCHING: Sempena perayaan Gawai tahun ini, Petronas mempersembahkan ‘Marked’ atau ‘Tanda Kasih’, sebuah kisah menyentuh hati yang menerokai kekuatan ketahanan diri, kekuatan ikatan kekeluargaan dan keindahan kebanggaan budaya.

Petronas dalam kenyataan memaklumkan filem berkenaan yang ditayangkan hari ini di semua saluran YouTube dan Facebook rasmi mereka, menceritakan tentang Melia, seorang gadis Iban yang melalui perjalanan penuh emosi untuk menerima dirinya sendiri, berdepan cabaran membesar dengan tanda lahir pada dahinya.

“Ketika Gawai menghampiri, Melia diminta memakai sugu tinggi, perhiasan kepala tradisional wanita Iban yang melambangkan maruah dan warisan budaya. Bagaimanapun, keraguan berlegar di hatinya kerana dia tertanya-tanya sama ada dia benar-benar layak untuk mengenakan tradisi yang begitu penting itu,” menurut kenyataan itu.

Kebimbangan Melia tidak disedari keluarga kecuali neneknya. Kasih sayang dan galakan nenek menjadi sumber kekuatan dan bimbingan bagi Melia.

 “Bukan sekadar kisah penerimaan diri, ‘Marked’ meraikan hubungan yang menyatukan kita, keluarga dan komuniti dan mengingatkan bahawa kekuatan berkembang menerusi jalinan dan warisan bersama,” menurut kenyataan itu. 

Naib Presiden Perhubungan dan Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas Norafizal Mat Saad berkata ‘Marked’ adalah penghormatan kepada kekuatan dalam komuniti di Malaysia dan kekayaan tradisi Iban.

“Di Petronas, kami percaya kepada kuasa penceritaan untuk meraikan kepelbagaian dan keindahan rakyat dan budaya. Ia juga mencerminkan nilai perpaduan dan matlamat bersama, mengingatkan kita bahawa apabila kita bersatu dan saling menyokong, kita mewujudkan ruang untuk semua orang berasa diterima dan berkembang maju,” katanya.

Beliau berharap cerita itu akan menggalakkan rakyat Malaysia untuk menerima identiti mereka dengan bangga dan menyokong antara satu sama lain dalam perjalanan penemuan diri.

Sempena musim menuai, Pertronas turut mempersembahkan ‘Crown of Love’ atau ‘Mahkota Teristimewa’, sebuah kisah Kaamatan yang meraikan kekuatan masyarakat dan erti kasih sayang.

“Walaupun daripada budaya berbeza, kedua-dua filem berkongsi mesej untuk menerima kepelbagaian dan bersikap jujur ​​terhadap diri sendiri, mengetengahkan mesej bahawa perbezaan menghubungkan dan bukan memecah-belah khususnya di Malaysia,” menurut kenyataan itu.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pameran Karya Agung tampil di Kuching, 30 Mei hingga 25 Julai ini
Next: Kerajaan Sarawak, Persekutuan perkukuh kerjasama tangani isu kewarganegaraan kanak-kanak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.