
MARUDI: Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Marudi menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 7.06 malam semalam memaklumkan berlaku tanah runtuh di Jalan Miri – Marudi.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi, Lt. (PA) Mirwan Shah Masri, berkata sebaik menerima panggilan tersebut, empat anggota APM Marudi dikerahkan ke lokasi kejadian pada 7.08 malam, diketuai oleh Pbt. (PA) Ling Hong Sia.
Sebaik APM daripada Skuad Alpha Marudi sampai ke lokasi kira-kira 45 kilomter dari PKOD mendapati tanah susur hampir separuh jalan dan APM mengambil tindakan dengan memasang tali pita keselamatan.
Katanya keadaan terkawal dan APM bergerak pulang setelah selesai menjalankan tugas di lokasi tersebut.
Oleh Jiku Juguong