

SERIAN: Kejadian tanah susur dilaporkan berlaku di Kampung Semukoi, Jalan Serian–Sri Aman, dan telah dipantau pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian awal pagi tadi.
Menurut laporan, kejadian tanah susur pertama kali dilaporkan pada petang semalam dan pemantauan pagi ini mendapati terdapat pergerakan tanah semula.
Bagaimanapun, tiada runtuhan berlaku yang menjejaskan struktur rumah di kawasan berkenaan.
Pasukan bomba menasihatkan penduduk supaya sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga kerana pergerakan tanah masih berterusan dan keadaan cuaca dilaporkan hujan rintis.
BBP Serian akan terus memantau lokasi berisiko bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin.