Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tanah susur belakang Rumah Spencer Muling Temudok, APM Saratok bertindak pantas
  • Tengah
  • WILAYAH

Tanah susur belakang Rumah Spencer Muling Temudok, APM Saratok bertindak pantas

Utusan Sarawak 4 hours ago
​ANGGOTA APM sedang melakukan pemantauan di lokasi tanah susur di belakang Rumah Spencer Muling, Temudok petang tadi. Foto: APM Saratok

SARATOK: Keresahan melanda penghuni Rumah Spencer Muling, Temudok petang tadi apabila halaman belakang kediaman mereka dilaporkan terjejas akibat kejadian tanah susur.

​Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Saratok menerima panggilan kecemasan pada 5:08 petang daripada seorang penduduk dikenali sebagai Holley yang bimbang akan keselamatan struktur rumah tersebut.

​Menurut Pegawai APM Daerah Saratok, Leftenan Nur Athirah Batu berkata seramai tiga anggota digerakkan serta-merta ke lokasi yang terletak 20 kilometer dari pusat bandar sebaik sahaja laporan diterima.

​Setibanya di lokasi pada 5:33 petang, pasukan penyelamat mendapati berlaku runtuhan tanah di bahagian halaman belakang rumah dengan anggaran kedalaman anggaran empat kaki.

​Keadaan cuaca dan struktur tanah yang tidak menentu dikhuatiri boleh menyebabkan hakisan lebih serius jika tiada langkah pencegahan awal diambil oleh penduduk setempat.

​Sebagai langkah keselamatan proaktif, anggota APM bertindak memasang tali amaran (warning tape) di sekitar kawasan runtuhan bagi menghalang penduduk menghampiri zon bahaya.

​”Kami telah menjalankan pemantauan rapi di kawasan tersebut bagi memastikan tiada pergerakan tanah susulan yang boleh mengancam nyawa,” katanya dalam satu kenyataan.

​Selain pemasangan tali amaran, penduduk rumah panjang turut diberikan taklimat ringkas mengenai langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil sekiranya keadaan bertambah buruk.

​Pihak APM Saratok menegaskan agar komuniti rumah panjang itu sentiasa berwaspada dan berhati-hati, terutama ketika hujan lebat yang boleh mencetuskan ketidakstabilan tanah di kawasan cerun.

​Operasi pemantauan tersebut tamat sepenuhnya pada 5:43 petang, namun pihak berkuasa akan terus memantau situasi dari semasa ke semasa demi kesejahteraan awam.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Taklimat PCDS 2030 perkukuh kefahaman rakyat terhadap hala tuju pembangunan Sarawak
Next: Kehilangan Igoh Sengaling terus misteri, Operasi SAR hari kelima masih buntu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.