Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tanah susur akibat hujan lebat, Dr Abdul Rahman tinjau dua kampung terjejas
  • Utara
  • WILAYAH

Tanah susur akibat hujan lebat, Dr Abdul Rahman tinjau dua kampung terjejas

Utusan Sarawak 22 hours ago
TAKLIMAT RINGKAS… (kanan) Pegawai Daerah Limbang, Sulaiman Enggal, memberi taklimat kepada Dr Abdul Rahman dan Unus Tambi berhubung insiden tanah susur di Kampung Pahlawan.

LIMBANG: Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, turun padang meninjau kawasan terjejas akibat kejadian tanah susur di dua kampung berasingan di sini, susulan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu.

Lawatan pertama beliau adalah ke Kampung Pahlawan Zon Bukit, di mana kejadian tanah susur telah dikenal pasti. Dr Abdul Rahman mengarahkan pihak berwajib untuk menjalankan siasatan lanjut dan mengambil tindakan segera bagi menangani masalah tersebut demi keselamatan penduduk.

MENYUSUR KAMPUNG… Dr Abdul Rahman meredah kawasan yang terjejas akibat tanah susur di Kampung Pahlawan, Limbang.

Beliau kemudiannya meneruskan lawatan ke Kampung Bakol, di mana sebuah rumah penduduk dilaporkan runtuh akibat tanah susur.

Kejadian itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat berterusan yang menyebabkan paras air meningkat secara mendadak dan melemahkan struktur tanah di kawasan berkenaan.

KENAL PASTI… Dr Abdul Rahman menunjukkan kawasan berisiko tanah susur yang boleh mengancam keselamatan penduduk setempat.

Menurut laporan, kawasan Daerah Limbang dan Lawas telah mengalami hujan berterusan sejak tiga hari lalu, dan keadaan menjadi semakin buruk pada waktu petang hingga malam.

Di Daerah Kecil Sundar, Lawas, air daripada Batang Trusan telah mula melimpahi tebing, menyebabkan kawasan rendah dinaiki air sejak petang semalam.

MELIHAT KEROSAKAN… Dr Abdul Rahman, diiringi Unus dan Sulaiman, meninjau lebih dekat kesan kerosakan pada struktur rumah yang terjejas akibat tanah susur di Kampung Bakol.

Paras air sungai tersebut kini berada pada tahap berjaga-jaga, berikutan peningkatan mendadak yang hampir menyamai ketinggian tebing.

Turut serta Residen Bahagian Limbang, Unus Tambi, Pegawai Daerah Limbang, Sulaiman Enggal, Pegawai Pembangunan Masyarakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Limbang, Norlia Othman, Ketua Kampung Pahlawan, Osan@Husin Burut dan Ketua Kampung Bakol, Kassim Adam.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kejadian tanah runtuh di Rumah Engkalat Spak
Next: Limbang bakal terhubung sepenuhnya menerusi tiga projek jalan raya mega

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.