Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tanah susur 70 meter kejutkan penduduk Rumah Thomas Ringkai
  • WILAYAH

Tanah susur 70 meter kejutkan penduduk Rumah Thomas Ringkai

Utusan Sarawak 4 hours ago
KEJADIAN tanah susur selebar kira-kira 70 meter dan sedalam 20 kaki mengejutkan penduduk Rumah Thomas Ringkai, Nanga Bangai Ulu Lemanak, Engkilili awal pagi tadi. Foto APM Lubok Antu

LUBOK ANTU: Kejadian tanah susur selebar kira-kira 70 meter dan sedalam 20 kaki mengejutkan penduduk Rumah Thomas Ringkai, Nanga Bangai Ulu Lemanak, Engkilili awal pagi tadi susulan hujan berterusan sejak kebelakangan ini.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Lubok Antu, Leftenan Desem Samuel berkata, Bilik Gerakan APM Lubok Antu menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.55 pagi daripada agensi lain.

Menurutnya, sepasukan anggota segera digerakkan ke lokasi pada 9.07 pagi dan tiba pada 3.40 petang selepas menempuh perjalanan sejauh 94 kilometer sehala ke kawasan pedalaman berkenaan.

“Pengadu yang merupakan Pegawai Daerah Lubok Antu, Akoi Ejau, telah memaklumkan berlakunya tanah susur di kawasan Rumah Panjang Nanga Bangai, Ulu Lemanak dan meminta pihak APM menjalankan pemantauan segera,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

KEJADIAN tanah susur selebar kira-kira 70 meter dan sedalam 20 kaki mengejutkan penduduk Rumah Thomas Ringkai, Nanga Bangai Ulu Lemanak, Engkilili awal pagi tadi. Foto APM Lubok Antu

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian benar-benar berlaku dengan struktur tanah runtuh membabitkan keluasan besar berhampiran kawasan penempatan penduduk.

“Tanah susur dianggarkan selebar 70 meter dan sedalam 20 kaki. Ia dipercayai berpunca daripada keadaan tanah yang tidak stabil akibat hujan lebat berterusan,” jelasnya.

Operasi pemantauan dijalankan oleh dua anggota MYASPA-O Bravo iaitu PBT Rudi Merdan dan PBT Patrick Chendang Guntor dengan menggunakan motosikal Modenas Kriss sebagai logistik utama.

Antara peralatan yang digunakan termasuk dua topi keledar keselamatan, pita amaran dan sarung tangan bagi memastikan operasi berjalan lancar serta selamat.

Setibanya di lokasi, pasukan APM menjalankan penilaian risiko di sekitar kawasan terjejas sebelum memasang pita amaran bagi menghalang orang awam menghampiri zon berbahaya.

Pihak APM turut menasihati penduduk agar sentiasa berwaspada terutama ketika musim hujan serta segera melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat tanda awal pergerakan tanah atau kejadian tanah runtuh bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RM16 juta bina Replika Kubu Rentap, Bukit Sadok disasar tarikan pelancongan baharu Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.