Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Tanah runtuh Mook: Adik mangsa dengar jeritan minta tolong
  • KEMALANGAN

Tanah runtuh Mook: Adik mangsa dengar jeritan minta tolong

Utusan Sarawak 6 hours ago
KEJADIAN tanah runtuh yang meragut nyawa dua beranak di Kampung Mook, Kinarut Papar. Foto JBPM. Edna Johnny (kanan).

PAPAR: “Semasa kejadian tanah runtuh, saya dengar jeritan minta tolong tetapi tidak pasti itu suara kakak atau bukan.” 

Demikian menurut Edna Johnny, 36, seorang daripada mangsa yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Mook, Kinarut di sini hari ini, yang mengorbankan kakaknya berusia 38 tahun dan anak saudara berusia 11 tahun.

Edna berkata rumahnya bersebelahan dengan rumah kakak serta rumah ibnya tetapi rumah kakak yang paling teruk terjejas kerana berada di bawah cerun bukit.

Ibu kepada dua anak itu berkata semasa kejadian dia sedang berehat di dalam bilik sebelum dikejutkan dengan bunyi hentakan yang kuat seperti pokok menghempap zink rumah.

“Selepas dengar bunyi itu, saya dan suami terus melompat keluar dari tingkap rumah bersama dua anak kami.

“Saya hanya fikir untuk menyelamatkan diri dan anak-anak, langsung tidak sedar kaki terpijak serpihan kaca tingkap yang pecah ketika melompat keluar. Semasa itu, kaki tidak rasa sakit pun sekarang baru rasa sakit sebab banyak serpihan kaca pada tapak kaki saya,” katanya kepada Bernama.

Edna berkata mereka hanya menyedari kakak dan anak saudaranya tertimbus selepas berada di luar rumah dan tiada apa yang boleh mereka lakukan ketika itu.

Dia hanya melihat mayat kakak dan anak saudaranya dibawa keluar dari lokasi kejadian dalam plastik putih yang bertutup.

Berkongsi lanjut, Edna berkata semalam kakaknya ada menyatakan hasrat ingin membantu membuat pelamin untuk adik mereka yang bakal berkahwin pada November ini, namun hasrat itu tidak kesampaian.

Terdahulu rakaman video abang iparnya tular dalam laman sosial yang merayu agar invidu yang mempunyai jengkaut membantu mengeluarkan isteri dan anaknya yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh itu.

“Tolong dulu saya, siapa-siapa ada cav (jengkaut), hitachikah tolong hantar sama saya tolonglah saya, anak sama bini di dalam,” menurut rakaman video tersebut.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah Mohd Pisar Aziz memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tanah runtuh di Kampung Mook, Kinarut pada 10.02 pagi.

“Kedua-dua mangsa dijumpai serta berjaya dikeluarkan pasukan penyelamat selepas hampir empat jam operasi mencari dan menyelamat dijalankan. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi,” katanya.

-BERNAMA

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Tanah runtuh: Jeritan mangsa tidak jelas kerana hujan lebat – Ahli keluarga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.