Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Tanah runtuh: Mangsa terakhir ditemukan
  • KEMALANGAN

Tanah runtuh: Mangsa terakhir ditemukan

Utusan Sarawak 3 months ago

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) mengusung mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan tanah di Kampung Lereng Bukit di Miri, hari ini. - Foto BOMBA

MIRI: Mangsa terakhir yang merupakan seorang wanita tertimbus dalam satu kejadian tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, sudah ditemui sekitar jam 1.45 tengah hari tadi dalam keadaan tidak bernyawa. 

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Henderi Ardimanshah, berkata, bagaimanapun, usaha mengeluarkan mayat dari timbusan masih lagi dijalankan setakat jam 5.30 petang ini.

“Ya, mangsa sudah ditemui, sekitar jam 1.45 tengah hari tadi. Setakat ini, masih dalam proses menggali dan mengeluarkan mangsa,” katanya ketika dihubungi Utusan Sarawak, sebentar tadi.

Penemuan ini bermakna kesemua tujuh mangsa yang merupakan satu keluarga ini, berjaya ditemukan, malangnya, lima daripadanya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Tragedi itu berlaku apabila tanah runtuh meranapkan dua rumah di Kampung Lereng Bukit, awal pagi tadi.

SHAHRUL QAIZAT

Continue Reading

Previous: Angin kencang, ombak tinggi halang operasi mencari juragan hilang
Next: Bangkai kapal tidak stabil sebab ombak besar, operasi menyelam ditangguh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.