Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Tanah Runtuh: Kakitangan IIM diarah bekerja dari rumah
  • NASIONAL

Tanah Runtuh: Kakitangan IIM diarah bekerja dari rumah

Utusan Sarawak 2 years ago
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat serta anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) meninjau lokasi kejadian tanah runtuh di hadapan Akademi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berlaku, semalam. Tanah runtuh di hadapan pintu masuk akademi milik SPRM itu meruntuhkan sebuah pondok kawalan. Keluasan tanah runtuh dianggarkan 30.48 x 36.57 meter persegi. Berdasarkan maklumat awal pada masa ini, pergerakan tanah dilaporkan masih berlaku dipercayai akibat paip pecah. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Kakitangan Institut Integriti Malaysia (IIM) diarah bekerja dari rumah susulan kejadian tanah runtuh yang berlaku berhampiran Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) dan institut itu tengah hari, semalam.

Kenyataan IIM malam tadi memaklumkan arahan itu dibuat atas faktor keselamatan dan berkuat kuasa sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak. 

“IIM sedang bekerjasama dengan pihak-pihak berkuasa dalam kerja-kerja pemantauan di kawasan terlibat. 

“Orang ramai juga boleh melayari laman sesawang IIM (www.iim.gov.my) dan media-media sosial IIM untuk maklumat terkini,” menurut kenyataan itu. 

Kakitangan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia melihat keadaan kawasan di sekitar kejadian tanah runtuh di hadapan Akademi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berlaku, semalam. Tanah runtuh di hadapan pintu masuk akademi milik SPRM itu meruntuhkan sebuah pondok kawalan. Keluasan tanah runtuh dianggarkan 30.48 x 36.57 meter persegi. Berdasarkan maklumat awal pada masa ini, pergerakan tanah dilaporkan masih berlaku dipercayai akibat paip pecah. FotoBERNAMA

Ketika kejadian pada kira-kira 1.30 tengah hari semalam, seramai 76 orang terdiri daripada 36 lelaki dan 40 wanita yang merupakan petugas pentadbiran MACA dan IIM, yang terletak bersebelahan akademi itu, berdepan detik cemas selepas berlaku runtuhan tanah di kawasan tersebut namun mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kejadian itu melibatkan kawasan di depan pintu akademi milik SPRM dan meruntuhkan sebuah pondok kawalan dengan keluasan tanah runtuh dianggarkan 30.48 x 36.57 meter persegi.

– Bernama

Continue Reading

Previous: Awang Sariyan dilantik Penasihat Kehormat Pusat Pengajian Melayu China BFSU
Next: Mi Kari Putih Penang Ah Lai, Indomie Perisa Ayam Spesial diarah tarik balik secara sukarela

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.