Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Tanah runtuh: Jeritan mangsa tidak jelas kerana hujan lebat – Ahli keluarga
  • KEMALANGAN

Tanah runtuh: Jeritan mangsa tidak jelas kerana hujan lebat – Ahli keluarga

Utusan Sarawak 5 hours ago
FOTO Bernama.

INANAM: Seorang ahli keluarga daripada tujuh mangsa yang maut tertimbus dalam kejadian di Kampung Cenderakasih di sini mengakui mendengar suara seperti meminta tolong, namun hujan lebat yang berterusan menyukarkannya untuk mendengar dengan jelas jeritan itu.

Muhamad Azri Mikri, 25, yang tinggal berdekatan dengan sebuah rumah yang tertimbus berkata suara itu tidak jelas, sebelum dia melihat rumah ibu saudaranya runtuh dibawa aliran tanah yang runtuh.

“Kejadian pagi tadi sangat pantas, saya macam ada terdengar suara makcik memanggil nama saya tetapi tidak jelas sebab hujan lebat sejak semalam,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Muhamad Azri berkata rumah dua tingkat diperbuat daripada kayu itu runtuh bersama sebuah madrasah dan mereka cuba untuk mengeluarkan mangsa, namun gagal kerana ditimbuni oleh kayu dan tanah.

 Sementara itu, sepupu kepada keluarga mangsa Nurmina Paraja, 41, hanya mengetahui kejadian itu melalui media sosial ketika sedang bekerja.

Nurmina berkata dia terus menghubungi seorang daripada anak mangsa yang berada di Kuala Lumpur untuk memastikan berita itu dan diberitahu mangsa masih belum ditemukan, sebelum datang ke lokasi kejadian.

Menurut Nurmina, mereka telah lama tinggal di kampung itu dan tidak berpindah kerana jarak rumah berdekatan dengan sekolah rendah di kawasan berkenaan.

Dalam kejadian pada 9.15 pagi hari ini, tujuh mangsa maut termasuk empat kanak-kanak selepas tertimbus tanah runtuh di Kampung Cenderakasih, Kolombong manakala empat lelaki terselamat dalam kejadian itu.

-BERNAMA

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Sembilan maut dalam kejadian tanah runtuh di Sabah
Next: Tanah runtuh Mook: Adik mangsa dengar jeritan minta tolong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.