Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tanah runtuh: Elak sebarang risiko, air dalam tangki dikosongkan sepenuhnya – BPSB
  • Tengah
  • WILAYAH

Tanah runtuh: Elak sebarang risiko, air dalam tangki dikosongkan sepenuhnya – BPSB

Utusan Sarawak 3 months ago

BINTULU: Kejadian tanah runtuh pada 29 Januari lalu di kawasan cerun antara takungan air Bintulu Port Sdn. Bhd. (BPSB) dan Kilang Pembotolan LPG PUSAKA telah menjejaskan operasi industri di lokasi tersebut.

Menurut kenyataan rasmi BPSB, insiden tersebut menyebabkan hakisan yang mendedahkan kira-kira 20 peratus daripada asas takungan air.

Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati struktur tangki masih kukuh dan tidak mengalami sebarang kerosakan serius.

Sebagai langkah keselamatan, air dalam tangki telah dikosongkan sepenuhnya bagi mengelakkan sebarang risiko.

Tanah runtuh itu turut memberi kesan kepada operasi Kilang Pembotolan LPG yang dikendalikan oleh Pusaka Integrated Resources Sdn. Bhd. (PIRSB).

Sehubungan itu, BPSB kini bekerjasama dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) serta agensi berkaitan bagi mengawal hakisan dan melaksanakan langkah pemulihan segera.

“Kami komited dalam memastikan keselamatan kakitangan, pihak berkepentingan, dan masyarakat sekitar.

“Langkah-langkah keselamatan dan pemulihan sedang dilaksanakan bagi mengurangkan impak kejadian ini,” kata kenyataan BPSB.

BPSB turut menzahirkan rasa keprihatinan terhadap situasi tersebur dan akan terus bekerjasama dengan semua pihak berkaitan untuk menyokong PIRSB dalam memulihkan operasi mereka secepat mungkin.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden berkenaan.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: BDA: Pelaku buang sampah tepi jalan cemarkan persekitaran, boleh kena kompaun
Next: Abdul Halim santuni para pegawai JIM terjejas banjir di Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.