Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tanah runtuh akibat hujan lebat berterusan
  • Utara
  • WILAYAH

Tanah runtuh akibat hujan lebat berterusan

Utusan Sarawak 19 hours ago
ANGKATAN APM dari Skuad CharlieĀ memantau keadaan tanah runtuh di Rh Sain Batu 17, Bukit Song Beluru.

BELURU: Kejadian tanah runtuh di Rh Sain Batu 17, Bukit Song Beluru dipercayai berpunca daripada hujan lebat berterusan sejak semalam.

Pegawai Pertahanan Awam, Malaysia (APM) daerah Marudi, Lt (PA) Mirwan Shah Masri memaklumkan pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian tersebut pada 8.00 pagi semalam yang berlaku di belakang dua rumah akibat hujan lebat.

Katanya sebaik menerima panggilan berkenaan tiga APM Beluru bergerak ke lokasi kejadian kira-kira 110 kilomter dari PKOD Beluru diketuai Pbt. (PA) Gadieng Issau.

Tiba di lokasi APM dari Skuad Charlie berjumpa dengan pengadu untuk mendapatkan maklumat dan kedudukan kejadian tersebut.

Tiada kerosakan dan kemalangan jiwa dilaporkan dan Skuad Charlie menasihtkan kepada penduduk di situ sentiasa memantau keadaan semasa dan berpindah jika keadaan tidak selamat.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tanah runtuh di Jalan Miri – Marudi
Next: Pemantauan kawasan berisiko banjir di Daerah Sebuyau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.