Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tanah kampung berpotensi jadi sumber ekonomi baharu melalui pertanian moden dan agropelancongan
  • Selatan
  • WILAYAH

Tanah kampung berpotensi jadi sumber ekonomi baharu melalui pertanian moden dan agropelancongan

Utusan Sarawak 4 hours ago
ADUN Mambong, Datuk Dr Jerip Susil menyampaikan ucapan pada Sambutan Rami Sibayan Nga Man Tubi Bauh Kampung Punau 2026 di Padawan, semalam. Foto: UKAS

PADAWAN: Penduduk luar bandar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mambong digesa untuk melihat tanah kampung sebagai aset ekonomi yang boleh dimajukan melalui pendekatan pertanian moden serta aktiviti komersial.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Udara dan Jalan) Datuk Dr Jerip Susil berkata, pelbagai jenis tanaman berdaya saing seperti padi, pisang dan hasil pertanian lain boleh diusahakan secara lebih terancang bagi menjana pendapatan isi rumah penduduk.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong berkata, pada masa sama sektor agropelancongan wajar diterokai sebagai sumber ekonomi baharu, termasuk pembangunan penginapan berkonsepkan homestay dan glamping yang memanfaatkan landskap sawah padi yang terdapat di kawasan seperti Rabak Bah, Kampung Punau.

“Gabungan aktiviti pertanian dan pelancongan itu bukan sahaja membuka peluang pendapatan tambahan, malah berupaya merancakkan ekonomi setempat serta mewujudkan peluang pekerjaan kepada komuniti luar bandar.

 PENDUDUK setempat memeriahkan sambutan dengan persembahan kebudayaan Bidayuh Bisegu yang menampilkan identiti dan warisan masyarakat tempatan. Foto: UKAS

“Kerajaan bersedia memberikan sokongan sekiranya masyarakat menunjukkan kesungguhan untuk membangunkan kawasan masing-masing,” katanya ketika berucap pada Sambutan Rami Sibayan Nga Man Tubi Bauh Kampung Punau 2026 di sini, semalam

Dalam pada itu, beliau menekankan keperluan kemudahan asas seperti jalan pertanian, bekalan elektrik dan sistem saliran air yang lebih tersusun bagi memastikan aktiviti pertanian dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan mampan di Kampung Punau serta kawasan DUN Mambong.

Sementara itu, sambutan Rami Sibayan Nga Man Tubi Bauh Kampung Punau 2026 berlangsung dalam suasana penuh warna-warni dengan pengisian budaya masyarakat Bidayuh Bisegu yang menonjolkan keunikan adat dan tradisi tempatan.

Program tersebut turut menjadi platform memperkukuh hubungan komuniti, di samping usaha berterusan memelihara dan memastikan warisan budaya Bidayuh terus kekal serta diwarisi generasi akan datang.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Status tidak selamat, asrama puteri SMK Dalat masih didiami
Next: Pendaftaran Program Bantuan Lesen Memandu Kelas B2 Parlimen Tanjong Manis dibuka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.