Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tan Kai nafi dakwaan tong sampah Jalan Moyan Sagah
  • TEMPATAN

Tan Kai nafi dakwaan tong sampah Jalan Moyan Sagah

Utusan Sarawak 5 hours ago
KAKITANGAN MPP menjalankan pemeriksaan tapak.

KUCHING: Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Tan Kai menafikan dakwaan yang tular di media sosial bahawa penduduk Jalan Moyan Sagah menunggu lebih 10 tahun untuk mendapatkan tong sampah, sambil menyifatkan kenyataan itu sebagai mengelirukan dan berniat jahat.

Mengulas hantaran Facebook oleh Sim Kiat Leng, Tan berkata dakwaan bahawa bantuan hanya diberikan selepas penduduk menghubungi Trienekens Sarawak Sdn Bhd secara langsung adalah tidak benar dan bertujuan mencemarkan imej serta reputasi majlis.

Menurut beliau, rekod rasmi majlis menunjukkan tiada sebarang permohonan diterima sebelum ini berkaitan penyediaan tong sampah di Jalan Moyan Sagah.

“Permohonan pertama dan satu satunya diterima pada 2 Januari 2026. MPP telah bertindak segera dengan mengatur pemeriksaan tapak pada 5 Januari 2026 yang melibatkan pegawai MPP, Trienekens dan penduduk setempat,” katanya.

Beliau berkata selepas pemeriksaan dan penilaian dibuat, serta kelulusan diberikan berdasarkan kesesuaian tapak dan keperluan operasi, Trienekens diarahkan untuk menyediakan tong sampah kepada penghuni rumah terlibat.

Tan turut menjelaskan bahawa sepanjang tempoh tersebut, penduduk berkenaan tidak dikenakan sebarang bayaran perkhidmatan kutipan sisa dalam taksiran mereka.

Beliau melahirkan rasa kesal kerana isu itu telah dipolitikkan dan disensasikan walaupun majlis telah mengendalikan permohonan tersebut dengan segera dan mengikut prosedur ditetapkan.

Tan mengkritik cubaan pihak tertentu memutarbelitkan fakta demi kepentingan politik, sambil menegaskan tindakan sedemikian tidak membawa manfaat kepada penduduk atau komuniti secara keseluruhan.

Beliau menegaskan komitmen MPP terhadap ketelusan, akauntabiliti dan penyampaian perkhidmatan berasaskan fakta serta proses sewajarnya, dan menggesa semua pihak bertanggungjawab dalam mengeluarkan kenyataan awam.

Oleh Connie Chieng

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Bazar Ramadan 2026, MPP teruskan kerjasama komuniti dan swasta
Next: Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Sarawak bakal berlangsung 4–7 Februari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.