Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tan Kai beri amaran: Jelaskan cukai taksiran atau hartanah berdepan kaveat
  • Selatan
  • WILAYAH

Tan Kai beri amaran: Jelaskan cukai taksiran atau hartanah berdepan kaveat

Utusan Sarawak 4 hours ago
PENGERUSI MPP Tan Kai, menyempurnakan sesi cabutan bertuah bagi pembayar awal cukai taksiran, disaksikan Timbalan Pengerusi MPP, Cr Mahnud bin Dato Sri Ibrahim.

PADAWAN: Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP), Tan Kai, memberi amaran kepada pemilik hartanah supaya menjelaskan cukai taksiran mereka atau berdepan tindakan sekatan (kaveat) ke atas urusan hartanah masing-masing.

Menurut beliau, terdapat kira-kira 12 peratus pemilik hartanah di kawasan Padawan masih gagal menjelaskan cukai taksiran mereka.

“Perkara ini tidak dapat dielakkan kerana akhirnya anda tidak akan dapat memindahkan hak milik hartanah selagi tunggakan tidak dijelaskan,” katanya.

Tan Kai percaya bahawa sebahagian besar mereka yang gagal membayar terdiri daripada pemilik hartanah yang menetap di luar negara dan tidak menyedari akan tunggakan tersebut.

“Bayarlah segera. Jika tidak, kami akan mengenakan caj penalti sebanyak satu peratus. Jika tunggakan dibiarkan terlalu lama, faedah yang dikenakan boleh menjadi lebih tinggi daripada jumlah cukai taksiran itu sendiri,” katanya.

TAN Kai ketika ditemui media, hari ini.

Menurutnya, terdapat kes pemilik hartanah yang tidak menjelaskan cukai taksiran sehingga 10 tahun.

Sehubungan itu, MPP sentiasa menggesa pembayar cukai mengemas kini nombor telefon dan alamat e-mel mereka bagi memudahkan urusan penyampaian notis serta pemberitahuan.

Di kawasan Padawan, kira-kira 91 peratus hartanah terdiri daripada kediaman, tujuh peratus hartanah komersial, manakala selebihnya merupakan hartanah perindustrian, tambahnya.

Beliau berkata, memandangkan kawasan Padawan sangat luas, semakin banyak projek kondominium sedang dibangunkan di kawasan tersebut.

Mengenai kutipan hasil, Tan Kai berkata prestasi kutipan hasil MPP adalah lebih baik berbanding Sibu dan Kota Samarahan, namun masih di bawah prestasi Dewan Bandaraya Kuching Selatan dan Dewan Bandaraya Kuching Utara.

Beliau turut menyempurnakan sesi cabutan bertuah sebagai penghargaan kepada pembayar yang menjelaskan cukai taksiran lebih awal, dengan penyertaan seramai 33,000 pembayar cukai yang layak.

Oleh Connie Chieng

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sarawak kukuhkan grid air selatan hadapi lonjakan permintaan
Next: Kemajuan Sri Aman bukti komitmen kerajaan Sarawak perkasa pembangunan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.