
A fireball erupts as a result of an Israeli air strike on a building in Gaza City on August 6, 2022. - Israel hit Gaza with air strikes and the Palestinian Islamic Jihad militant group retaliated with a barrage of rocket fire, in the territory's worst escalation of violence since a war last year. Israel has said it was forced to launch a "pre-emptive" operation against Islamic Jihad, insisting the group was planning an imminent attack following days of tensions along the Gaza border. (Photo by ASHRAF AMRA / AFP)
BANDARAYA GAZA: Kumpulan Hamas pada Sabtu menggesa Israel menghentikan semua perbuatan ‘jenayah’ dilakukan rejim itu di wilayah yang diduduki.
Gesaan itu dibuat selepas mahkamah Israel pada Rabu mengeluarkan perintah agar sebuah sekolah milik rakyat Palestin di Tebing Barat dimusnahkan, lapor Agensi Anadolu.
Sekolah itu terletak di Kawasan C di Tebing Barat yang berada di bawah kawalan penuh Israel dan mewakili 61 peratus daripada wilayah yang diduduki.
“Israel mengabaikan norma antarabangsa, laporan dan undang-undang yang memberi tanggungjawab dan hak kepada pertubuhan kemanusiaan untuk bertindak menghentikan keganasan Israel,” kata jurucakap Hamas Hazem Qassem dalam satu kenyataan.
Beliau berkata peningkatan keganasan yang dilakukan Israel “tidak akan memberikan keabsahan kepada Israel atau berjaya menghapuskan identiti Palestin.”
Pada minggu lalu serangan udara Israel di Semenanjung Gaza telah mengorbankan 49 orang termasuk 17 kanak-kanak dan mencederakan 360 yang lain, menurut Kementerian Kesihatan Palestin. Serangan itu terhenti di bawah persetujuan gencatan senjata dan Mesir bertindak sebagai perantara. – Bernama