Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Taman Negara Tanah Lembap Kuching dicadang jadi tapak perlindungan buaya pertama Sarawak
  • TEMPATAN

Taman Negara Tanah Lembap Kuching dicadang jadi tapak perlindungan buaya pertama Sarawak

Utusan Sarawak 5 days ago
TIMBALAN Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berucap pada sidang media selepas majlis penanaman pokok di Sungai Lemidin, Taman Negara Tanah Lembap Kuchinghari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: dikenal pasti sebagai antara lokasi berpotensi tinggi untuk pembangunan tempat perlindungan buaya bagi menangani isu konflik manusia dan buaya yang semakin membimbangkan.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, kawasan cadangan di Taman Negara Tanah Lembap Kuchingmeliputi keluasan sekitar 100 ekar dan akan dipagar bagi menjamin keselamatan penduduk serta memastikan habitat semula jadi buaya dikekalkan.

Menurut beliau, empat lagi lokasi juga telah dikenal pasti untuk dijadikan tempat perlindungan buaya iaitu Pulau Seduku di Sri Aman, Taman Negara Rajang di Sibuti dan sama ada Lawas atau Limbang.

“Tempat-tempat ini dikenal pasti untuk mengeluarkan buaya dari kawasan yang boleh mengancam populasi kita khususnya mereka yang mencari rezeki di sungai.

“Tidak seperti di negara luar seperti Australia, masyarakat kita ke sungai bukan untuk beriadah tetapi untuk mencari makan.

“Maka, keseimbangan antara kehidupan manusia dan kehadiran buaya perlu ditangani dengan bijak tanpa menjejaskan ekosistem semula jadi,” katanya dalam sidang media selepas majlis penanaman pokok di Sungai Lemidin, Taman Negara Tanah Lembap Kuchinghari ini.

Beliau menjelaskan tempat perlindungan buaya tersebut akan menumpukan kepada lima objektif utama iaitu pengalihan buaya, pembangunan produk ekopelancongan baharu, penyelidikan dan pembangunan (R&D) mengenai tingkah laku buaya, pendidikan awam berkaitan peranan buaya dalam ekosistem serta memberi manfaat ekonomi dan sosial kepada komuniti setempat.

Menurut beliau, hanya tempat perlindungan di Taman Negara Kuching Wetland akan dibangunkan dengan komponen utama manakala lokasi lain akan berfungsi sebagai zon pengalihan buaya sahaja dengan keperluan fasiliti minimum.

Tegasnya, kerajaan Sarawak mahu masyarakat memahami bahawa buaya juga memainkan peranan penting dalam keseimbangan ekosistem bukan hanya dilihat sebagai ancaman.

Beliau memberitahu, pelaksanaan pembangunan tempat perlindungan buaya itu akan dimulakan secepat mungkin kerana ia telah mendapat lampu hijau daripada kerajaan dan peruntukan yang diperlukan telah dikenal pasti.

Tambahnya, sesi libat urus bersama komuniti berhampiran akan dilakukan supaya mereka memahami fungsi dan impak projek ini.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

-UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: SFC, Mubadala fokus pemuliharaan hutan bakau di Taman Negara Tanah Lembap Kuching
Next: George Lam Calls for temporary halt to ART works in Taman Stutong Indah over safety and resident concerns

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.