BINTULU: Taman Negara Similajau akan ditutup kepada orang awam selama enam bulan bermula Selasa lalu, 10 September hingga 9 Mac tahun depan bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan.
Menurut satu kenyataan yang dikongsikan oleh Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), penutupan itu bertujuan untuk memastikan keselamatan dan kelestarian jangka panjang taman tersebut melalui peningkatan infrastruktur serta kemudahan yang lebih baik.
“Usaha ini dijangka akan meningkatkan lagi pengalaman pengunjung apabila taman dibuka semula kelak.
“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul sepanjang tempoh penutupan ini.
“Kami menghargai sokongan orang ramai dalam usaha kami untuk melestarikan hidupan liar dan keindahan semula jadi di taman ini,” katanya.
Bagi sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 086-339842 atau 082-610088.