Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Taman Negara Miri-Sibuti ditutup sementara mulai 1 Disember hingga Mac 2026
  • TEMPATAN

Taman Negara Miri-Sibuti ditutup sementara mulai 1 Disember hingga Mac 2026

Utusan Sarawak 4 hours ago
TUTUP… Taman Negara Miri-Sibuti Terumbu Karang akan ditutup buat sementara waktu kepada umum mulai 1 Disember 2025 sehingga Mac 2026 berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu.

MIRI: Taman Negara Miri-Sibuti Terumbu Karang akan ditutup sementara kepada orang ramai bermula 1 Disember 2025 hingga Mac 2026.

Menurut kenyataan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), penutupan ini adalah langkah keselamatan bagi melindungi pengunjung serta memastikan aktiviti pemuliharaan di kawasan terumbu karang dapat diteruskan tanpa risiko yang tinggi.

Keadaan laut yang bergelora serta perubahan cuaca yang sukar dijangka pada akhir tahun turut menjadi faktor utama penutupan sementara tersebut.

Pihak taman negara memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul dan mengucapkan terima kasih atas kesabaran serta pemahaman orang ramai.

Taman negara dijangka dibuka semula pada bulan Mac 2026, tertakluk kepada keadaan cuaca semasa.

Pengunjung yang merancang aktiviti rekreasi atau penyelaman di kawasan berkenaan dinasihatkan untuk mengikuti makluman terkini daripada pihak berkuasa sebelum membuat sebarang tempahan atau perjalanan.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Toh Puan Fauziah hadiri Program Seni Sulaman Keringkam di Wisma SABATI
Next: Pasar Taman Kenyalang terima kerusi baharu demi keselesaan pelanggan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.