Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Taman Negara Bako antara tiga kawasan perlindungan di Malaysia diiktiraf Taman Warisan ASEAN
  • SEMASA

Taman Negara Bako antara tiga kawasan perlindungan di Malaysia diiktiraf Taman Warisan ASEAN

Utusan Sarawak 6 hours ago
TAMAN Negara Bako.

KUALA LUMPUR: Tiga kawasan perlindungan di Malaysia diiktiraf sebagai Taman Warisan ASEAN (AHP) iaitu Rezab Hidupan Liar Tengku Hassanal di Pahang serta Taman Negara Bako dan Taman Negara Bukit Lambir di Sarawak.

Menurut Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dalam kenyataan, keputusan itu dicapai secara sebulat suara semasa Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Alam Sekitar ke-18 (AMME-18) di Langkawi, Kedah pada Rabu, yang dipengerusikan Pemangku Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi.

“Pengiktirafan yang diterima oleh Malaysia itu, menambah bilangan kawasan AHP sedia ada di negara ini iaitu Taman Negara Gunung Mulu, Sarawak; Taman Negara Kinabalu, Sabah; Taman Negara (Pahang, Kelantan dan Terengganu) pada 1984; serta Taman Negara Johor Endau Rompin pada 2022.

“Dengan pengiktirafan ini, Malaysia yakin ia akan meningkatkan imej negara di peringkat antarabangsa, memperkukuh kerjasama ASEAN dalam bidang biodiversiti dan memastikan warisan alam semula jadi terus dilindungi untuk generasi akan datang,” menurut kenyataan itu.

Mesyuarat itu turut mengiktiraf tiga tapak baharu di Vietnam iaitu Xuan Thuy National Park, Pu Mat National Park dan Dong Nai Culture and Nature Reserve.

Pada masa sama, NRES memaklumkan AHP merupakan inisiatif ASEAN yang menekankan pemuliharaan biodiversiti, ekosistem unik dan khazanah alam sekitar rantau ini.

Kementerian itu memberitahu dengan pengiktirafan tersebut, Malaysia bukan sahaja mengukuhkan usaha konservasi di peringkat nasional malah memperkukuh kerjasama serantau dalam aspek teknikal, penyelidikan serta perkongsian amalan terbaik.

Pengiktirafan itu juga menyokong Tindakan 8.5, Sasaran 8, Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan (DKBK) 2022-2030, iaitu memperkasakan usaha mendapatkan pengiktirafan kawasan berkepentingan antarabangsa bagi pemuliharaan kepelbagaian biologi.

Menurut NRES kejayaan itu juga menunjukkan usaha kolaboratif semua pihak khususnya pihak berkuasa kawasan perlindungan yang berkaitan iaitu Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia dan Sarawak Forestry Corporation (SFC).

“NRES selaku pusat fokal kebangsaan kepada program AHP merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada kerajaan Pahang dan Sarawak di atas kejayaan ini. Pencapaian ini amat bermakna bersempena Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025, sekali gus menyerlahkan kepimpinan Malaysia untuk terus menerajui agenda biodiversiti serantau,” menurut kementerian itu.

Sehubungan itu, NRES menyambut baik sebarang usaha yang diambil kerajaan-kerajaan negeri pada masa akan datang untuk mencalonkan kawasan yang berpotensi sebagai tapak AHP atau tapak berkepentingan biodiversiti antarabangsa seperti Ramsar, Manusia dan Biosfera (MAB) dan Laluan Burung Hijrah Asia Timur-Australasia (EAAFP). – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Warga asing tinggal lebih masa bawah 90 hari dikenakan kompaun
Next: Kuching disenaraikan di bawah program Bonus Side Trip Malaysia Airlines

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.