Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Taman Awam Saratok kini berwajah baharu, jadi tumpuan riadah kanak-kanak
  • WILAYAH

Taman Awam Saratok kini berwajah baharu, jadi tumpuan riadah kanak-kanak

Utusan Sarawak 1 day ago
MOHAMAD Duri berkesempatan meninjau suasana petang di Taman Awam Saratok, hari ini. Foto Edisi Kalaka

SARATOK: Taman Awam Saratok yang dahulunya usang kini berwajah baharu selepas melalui proses naik taraf di bawah Projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka dengan kerjasama Majlis Daerah Saratok (MDS).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, usaha menaik taraf taman awam itu memberi impak positif kepada penduduk tempatan, khususnya kanak-kanak yang kini menjadikan taman tersebut sebagai tempat tumpuan untuk bermain dan beriadah.

SUASANA petang di Taman Awam Saratok, hari ini. Foto Edisi Kalaka

Beliau yang meninjau suasana petang di taman itu berkata, kegembiraan dan gelak tawa anak-anak bermain di taman awam berkenaan memberi makna besar apabila mereka dapat meluangkan masa berkualiti bersama rakan dan keluarga tanpa bergantung kepada gajet.

“Taman ini bukan sekadar tempat bermain, tetapi menjadi ruang interaksi sosial yang sihat serta membantu dalam pembesaran dan kecerdasan anak-anak. Ia juga menyumbang kepada tahap kesihatan fizikal yang lebih baik,” katanya.

SUASANA petang di Taman Awam Saratok, hari ini. Foto Edisi Kalaka

Mohamad Duri berkata, bukan setakat itu sahaja, sebanyak 16 projek pemasangan lampu berkuasa solar turut akan dilaksanakan di kawasan taman itu bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengunjung terutama pada waktu malam.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak MDS dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek naik taraf berkenaan sehingga taman tersebut kembali hidup dan menjadi kebanggaan masyarakat setempat.

MOHAMAD Duri berkesempatan meninjau suasana petang di Taman Awam Saratok, hari ini. Foto Edisi Kalaka

Katanya, Taman Awam Saratok kini menjadi destinasi riadah pilihan keluarga untuk bersantai, beriadah dan menikmati suasana ceria, sekali gus menambah daya tarikan baharu di pekan ini.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Wanita pemangkin pembangunan luar bandar
Next: APM Saratok didik murid SK Nanga Assam ilmu keselamatan, disiplin berpasukan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.