Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Taktik JPJ menyamar sebagai ‘penumpang bas’
  • TEMPATAN

Taktik JPJ menyamar sebagai ‘penumpang bas’

Utusan Sarawak 2 months ago
BERAMAH MESRA… Norizan Jili berinteraksi dengan para penumpang semasa Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya Sempena Aidilfitri 2025 di Kuching Sentral, malam tadi.

KUCHING: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak dengan kerjasama Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mempertingkatkan pemantauan terhadap pengangkutan bas sempena musim perayaan Aidilfitri bagi memastikan perjalanan yang selamat dan lancar.

Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 21,733 kes kemalangan telah direkodkan sepanjang 2024, meningkat 315 kes (1.5 peratus) berbanding 21,418 kes pada tahun sebelumnya. 

Sehubungan itu, JPJ Sarawak melaksanakan Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2025 bermula 24 Mac lepas hingga 8 April ini sebagai langkah memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

Pengarah JPJ Sarawak, Norizan Jili menjelaskan, pemeriksaan dilakukan melalui Ops Hari Raya termasuk rondaan serta penyamaran sebagai penumpang bagi memantau pematuhan pemandu.

“Kita tahu, musim perayaan menyaksikan peningkatan jumlah pengunjung dan perantau yang pulang bercuti. Oleh itu, kita ingin memastikan pengangkutan bas berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

“Pemeriksaan ini turut melibatkan AADK yang bertanggungjawab menjalankan saringan terhadap pemandu. Setakat ini, keputusan adalah negatif dan AADK akan terus bersama kita sehingga selepas Hari Raya,” katanya ketika ditemui media semasa Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya Sempena Aidilfitri 2025 di Kuching Sentral, malam tadi.

Selain pemeriksaan di tiga terminal bas utama, Kuching, Sibu, dan Miri, Ops HRA turut menekankan pemantauan di lebuh raya dan kawasan ‘blackspot’ (lokasi kerap berlaku nahas). 

JPJ juga akan melaksanakan kaedah ‘Perception of Being Caught’ (POBC) secara rondaan serta pengoperasian Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB) dan Stesen Penguatkuasa (SPK) bagi mengesan serta mengambil tindakan terhadap pengguna jalan raya yang gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Kaedah penyamaran sebagai penumpang bas ekspres turut digunakan bagi mengesan pemandu yang melakukan kesalahan seperti menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan tidak mempunyai pemandu kedua.

JPJ melaksanakan strategi penyamaran sebagai penumpang bas bagi mengesan kesalahan pemandu, termasuk menggunakan telefon bimbit dan memandu melebihi had laju.

Menurutnya, keadaan di Sarawak masih terkawal, namun pemantauan rapi akan terus dijalankan bagi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya, dengan sekatan jalan raya dikuatkuasakan dua hari sebelum dan dua hari selepas Hari Raya bagi mengurangkan risiko kemalangan.

OLEH AMANDA L.

Continue Reading

Previous: Warna-warni Malam 7 Likur
Next: Hayati, dalami semangat Gawai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.