
hari ini.
BATU NIAH: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah telah menganjurkan Taklimat Sistem Tugasan Balai dan Perkhidmatan Kecemasan Generasi Baharu (STB dan NG MERS 999) yang diadakan di Bilik Mesyuarat Melody Café di sini, hari ini.
Ketua BBP Batu Niah, PBT II Rary Binjie ketika dihubungi berkata, program telah dihadiri oleh anggota daripada Pasukan Alpha, Bravo dan Charlie.
“Program tersebut memberi kefahaman mendalam terhadap sistem, ini penting bagi memastikan setiap maklumat kecemasan diterima dan disalurkan dengan cepat serta tepat, selaras dengan moto Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia iaitu ‘Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.’
“Program ini turut menjadi platform untuk memperkukuh koordinasi dalaman dan meningkatkan tahap kesiapsiagaan anggota bomba dalam melaksanakan tugas harian,” katanya.
Taklimat tersebut telah disampaikan oleh PBK I Awang Azdwan Awang Sahari, yang menjelaskan secara terperinci mengenai sistem STB dan aplikasi NG MERS 999 yang digunakan dalam pengurusan panggilan kecemasan serta penyelarasan maklumat operasi, tambahnya lagi.
Oleh Adum Liu